Keistimewaan Wudhu’ Yang Sempurna


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a., katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w.:” Luas telaga ku pada hari kiamat lebih dari jarak Ailah1) dan ‘Adan’ airnya lebih jernih dari salju, lebih manis dari madu bercampur susu, bejana-bejananya lebih baik dari bintang di langit; Aku melarang umat selain umat ku yang akan datang minum di situ, sebagaimana seorang yang menjaga unta-unta orang lain yang akan minum dari telaganya; Ditanya Rasulullah s.a.w.:” Dapatkah tuan mengenal kami ketika itu?” Jawab Rasulullah s.a.w.:” Ya, ialah dengan bekas wuduk yang gilang-gemilang di muka mu sebagai tanda yang diistimewakan dari umat-umat yang lain.”

(Muslim)



Huraian
Allah SWT berfirman yang maksudnya:” Pada hari ketika kamu melihat orang Mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): Pada hari ini ada berita gembira untukmu, iaitu syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang banyak (al- Hadid:12). Sesungguhnya bekas-bekas basuhan air wudhu’ di wajah kita menjadi penyeri kepada wajah. Begitu juga setiap amal soleh yang kita lakukan adalah penyeri kepada akhlak. Semua himpunan cahaya ini adalah lambang keserian iman yang akan menerangi hidup seseorang di dunia dan akhirat. Syurga indah sedia menanti mereka di sana. Maka alangkah ruginya jika kita terkecuali daripada golongan yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis di atas. Namun manusia lazimnya selalu leka dalam mengejar nikmat dunia yang sementara di hadapan mata mereka berbanding nikmat akhirat yang indah dan kekal abadi. Sesungguhnya janji Allah SWT tetap benar dan hanya orang yang sabar sahaja akan dapat mengecap nikmat kebahagiaan yang dijanjikan-Nya itu.

Nilai Seorang Manusia


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”

Riwayat Muslim



Huraian
i) Setiap manusia nilainya yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya. Jika baik tingkahlakunya maka baiklah dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya.
Ii) Namun pada pandangan Allah S.W.T selain daripada tingkahlaku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan itu sendiri.
Iii) Maksud niat di sini adalah tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya kerana sesuatu kebaikan yang ada ‘udang di sebalik batu’ tidak boleh dikategorikan sebagai ikhlas di mana maksud ikhlas tersebut ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah S.W.T.
Iv) Lawan ikhlas adalah riya’ iaitu membuat sesuatu kebaikan dengan tujuan (niat) untuk menunjuk-nunjuk (mengampu atau membodek). Sifat ini akan menolak pahala daripada Allah S.W.T.
V) Seorang yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan semata-mata kerana upah yang diterimanya setiap bulan bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan tanggungjawabnya itu dengan sempurna dan memuaskan.
vi) Bekerja dengan niat yang ikhlas akan meningkatkan produktiviti dan dapat menghasilkan kerja-kerja yang bermutu di mana keikhlasan akan dapat menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat.

Kunci Kemurahan Rezeki


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu.”


Riwayat Bukhari & Muslim



Huraian
Pengajaran Hadis:

i) Allah yang mewujudkan sifat semulajadi dalam diri manusia iaitu sifat belas kasihan yang menggerakkan seseorang itu untuk bersedekah. Firman Allah S.W.T yang maksudnya "Bandingan (perbelanjaan/derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai: tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah amat luas (rahmat) kurnian-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”(al-Baqarah:26)
ii) Syarat bersedekah adalah keikhlasan. Tidak kira wang ringgit atau sebagainya asalkan ia dapat memberi kesenangan terhadap orang yang memerlukannya kerana kesenangan (kekayaan) yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya merupakan satu perkongsian dan tanggungjawab terhadap sesama manusia di muka bumi ini.
iii) Sifat suka bersedekah lawannya adalah bakhil. Sifat bakhil dicetuskan oleh Allah kepada hamba-Nya yang lupa akan kewajipannya dan sangat cinta kepada harta kekayaannya.
iv) Oleh itu demi mencari keredhaan Allah kita hendaklah menggunakan waktu yang ada dengan beringat-ingat kepada yang susah dan memberi sedikit bantuan mengikut kemampuan. Sebenarnya di sebalik amalan bersedekah akan dapat mewujudkan perasaan kasih sayang sesama manusia dan sesungguhnya amalan yang baik akan dibalas baik oleh Allah S.W.T.

Islam Dan Ekonomi Saling Memerlukan


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.”

Riwayat at-Thabrani



Huraian
i) Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka tetapi mesti dalam batasan syariah yang dibenarkan.
ii) Kedhaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya adalah berpunca daripada kegagalan mereka sendiri mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.
iii) Harta bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi juga untuk tujuan keakhiratan dan melaksanakan ibadat. Contohnya untuk menunaikan ibadah haji umat Islam memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos dan perbelanjaan dengan secukupnya.
iv) Adalah penting untuk umat Islam menguasai semua peringkat kegiatan ekonomi seperti menjadi pembekal, pengusaha dan pemasar dalam sesebuah industri di mana selain daripada dapat mengelak ia dimanipulasi dan ditindas oleh orang lain, mereka juga dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya. Hal ini juga termasuk dalam konteks jihad yang dituntut oleh agama.
v) Sikap mengabaikan keperluan ekonomi di dunia akan melemahkan kedudukan serta martabat orang Islam itu sendiri. Dalam masa yang sama ia memudahkan umat Islam dieksploitasikan oleh orang lain.

Ingin Melihat Tuhan?


Hadith :
Dari Abdullah bin Syaqiq, katanya: “Kataku kepada Abu Zar: Sekiranya saya berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. nescaya kutanyakan kepada beliau suatu soalan. Kata Abu Zar:” Tentang apa?” Jawab Abdullah:” Apakah tuan melihat Allah?” Kata Abu Zar:” Itu pernah ku tanyakan kepada beliau, dan dijawabnya:” Saya hanya melihat sinar (nur)”.

(Muslim)



Huraian
Masuk syurga itu adalah nikmat yang teramat besar. Namun, kenikmatan syurga tiada sebanding dengan nikmat menatap wajah Allah secara langsung. Itulah puncak dari segala puncak kenikmatan dan kebahagiaan. Rasulullah s.a.w sendiri menjanjikan hal ini dan baginda pernah menyebut bahawa umatnya akan dapat melihat Allah SWT di hari akhirat kelak. Tentang melihat Allah ini, Allah SWT berfirman mengisahkan permintaan Musa untuk melihat-Nya: “Dan tatkala Nabi Musa datang pada waktu yang kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka nabi Musa (merayu dengan) berkata:” Wahai Tuhan ku, perlihatkanlah kepadaku (zat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu.” Allah berfirman: ”Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka jika ia tetap berada di tempatnya (sebagaimana sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku.” Setelah Allah ‘Tajalla’ (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka) ‘Tajallinya’ menjadikan gunung itu hancur lebur dan nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula berkatalah ia:” Maha Suci Engkau (wahai Tuhan ku), aku bertaubat kepada Engkau dan akulah orang pertama beriman (pada zamanku)” (al- A’raf : 143). Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa, tiada daya sekalian makhluk melainkan dengan keizinan dan rahmat-Nya jua.

Qana’ah


Hadith :
Dari Abdullah bin Amru bin ‘Ash r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sungguh amat beruntunglah orang yang Islam (berserah diri) dan merasa cukup dengan apa yang direzekikan Allah serta berpada dengan apa yang diberikan-Nya.”

(Muslim)



Huraian
Rasulullah s.a.w telah menasihatkan kita agar melihat kepada orang yang di bawah. Jangan melihat kepada orang yang di atas (lebih bernasib baik) kerana yang demikian itu akan membuatkan kita menjadi tidak bersyukur. Namun itulah masalahnya yang berlaku pada setiap daripada kita. Sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Tetapi ini bukan pula bererti bahawa kita tidak boleh mengejar yang lebih baik. Rezeki itu hak dan kepunyaan Allah. Maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada keizinan daripada-Nya.

LAILAHA-ILLA- ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH

Kerana Jihad


Hadith :
Dari Jundub bin Sufyan r.a katanya: “Jari Rasulullah s.a.w berdarah kerana luka dalam suatu peperangan. Maka bersabda Rasulullah s.a.w :”Bukankah engkau hanya sebatang jari yang berdarah. Dan ini terjadi ketika engkau ikut berjihad fisabilillah.”

(Muslim)



Huraian
Walaupun Rasulullah s.a.w diberi jaminan oleh Allah bahawa usaha untuk mendaulatkan agama Islam akan mendapat kejayaan pada akhirnya, namun baginda tidak diberi laluan mudah. Sebaliknya Allah memerintahkan baginda supaya berjuang dan berjihad dengan segala yang ada bagi mencapai kemenangan yang telah dijanjikan-Nya itu. Mereka tetap diminta supaya mengorbankan fikiran, tenaga, harta benda, malah jiwa raga untuk agama kerana kemenangan tidak akan dapat dicapai dengan kuasa ghaib tanpa perjuangan.

Kembali Ke Asalnya


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Allah Taala menjadikan Adam pada permulaan kejadiannya ialah seperti rupanya di bumi, tingginya enam puluh hasta. Setelah dia selesai tercipta, Allah Taala berfirman kepadanya:”Pergilah kepada kelompok malaikat yang sedang duduk. Dengarkan jawapan mereka menjawab salammu. Begitulah cara kamu dan cara anak cucumu nanti memberi salam (penghormatan).” Maka pergilah Adam kepada kelompok malaikat itu, lalu diucapkannya salam:”Assalamualaikum” (selamat sejahtera ke atasmu). Jawab para malaikat:”Assalamualaika warahmatullah” (selamat sejahtera ke atas kamu juga dan beroleh rahmat Allah). Firman Allah:”Setiap orang yang masuk syurga bentuknya seperti Adam. Tingginya enam puluh hasta, sekalipun makhluk kemudian semakin pendek hingga sekarang.”

(Muslim)



Huraian
Allah menciptakan manusia dengan sempurna iaitu diberikan bentuk tubuh yang baik, akal fikiran dan nafsu, kemudian manusia itu sendiri yang menentukan mampu atau tidaknya menggunakan pemberian Allah itu dengan baik. Roh adalah penggerak yang menghidupkan seluruh anggota badan. Firman Allah yang bermaksud:"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya " (al Bayyinah:4-6).

Kemudahan Dalam Bermusafir


Hadith :
Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah suka (redha) supaya rukhsah-rukhsah yang diberikannya diamalkan sebagaimana ia tidak suka perkara-perkara maksiat dilakukan.”

(Ahmad)



Huraian
1. Orang yang bermusafir dengan meninggalkan rumahtangga dan kampung halaman diberikan kelonggaran dan kemudahan dalam mengerjakan perintah-perintah syarak yang tertentu (seperti sembahyang fardhu dan berpuasa pada bulan Ramadhan) dengan dikenakan beberapa syarat yang tertentu.
2. Mengenai sembahyang, dibenarkan mengerjakan ‘sembahyang Qasar’ iaitu memendekkan bilangan rakaat dari empat rakaat kepada dua rakaat sahaja seperti yang dihuraikan dalam hadith sebelum ini.
3. Namun begitu sembahyang qasar bukanlah suatu perkara yang wajib bagi orang yang dalam musafir tetapi ia lebih merupakan suatu rukhsah bagi mereka. Oleh itu ia lebih afdhal bagi orang yang musafir untuk melakukannya.
4. Rukhsah ertinya ialah “suatu hukum syarak yang memberi kemudahan atau kelonggaran untuk mengerjakan suatu hukum syarak yang berat dan ia diberikan hanya kepada orang-orang yang ada keuzuran syar’ie seperti musafir, sakit atau sedang menghadapi sesuatu kesusahan yang tidak dapat dielakkan.

Nazar Tidak Dapat Mengubah Takdir


Hadith :
Dari Abu Hurairah katanya, nabi s.a.w bersabda:”Sesungguhnya nazar itu tidak dapat mendekatkan seseorang kepada sesuatu yang ditakdirkan Allah belum akan menjadi miliknya. Tetapi nazar itu sesuai dengan qadar. Dengan nazar dapat dipungut pembayaran dari orang-orang bakhil yang sebelumnya tidak bersedia membayarnya.”

(Muslim)



Huraian
Setiap pergerakan, langkah dan perjalanan kita di muka bumi ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T iaitu qada’ dan qadar-Nya. Maka tidaklah menjadi suatu yang menghairankan jika sesuatu yang tidak disangka-sangka tiba-tiba berlaku ke atas diri kita sama ada yang baik atau sebaliknya. Namun begitu kita sebagai hamba-NYA mempunyai hak untuk berusaha agar dijauhkan daripada sesuatu yang buruk atau meminta diberikan sesuatu yang dihajatkan. Dalam hal ini ada orang yang suka menazarkan sesuatu sekiranya hajatnya terlaksana atau terlepas daripada sesuatu yang tidak diingininya dan ini dilakukan dengan menggantung sepenuh harapan kepada belas ihsan dan kasih sayang Allah S.W.T. Namun begitu nazar bukanlah suatu gantian yang semestinya diperolehi atau dipenuhi seperti yang diminta bahkan ia hanya sekadar suatu bentuk didikan jiwa agar seseorang itu sentiasa mengingati kekuasaan Allah dan mensyukuri nikmat-Nya.

Berlindung Dari Mala Petaka


Hadith :
Daripada Ubai bin Kaab r.a. katanya: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila sampai 1/3 malam baginda pun bangun lalu bersabda, “ Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan pertama) yang diikuti dengan peristiwa yang amat dahsyat (golombang/tiupan kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut). Aku berkata:“ Ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan memperbanyakkan selawat ke atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke atasmu?” Baginda menjawab’ “Seberapa yang banyak kamu kehendaki”. Aku bertanya lagi, 1/4? Beliau menjawab, seberapa banyak yang kamu kehendaki maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan (selamat) kepada kamu. Aku bertanya lagi, “Bagaimana jika separuh?” beliau menjawab, “ Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah menjadi kebajikan kepada kamu”. Aku bertanya lagi, “Bagaimana jika 2/3?” Baginda menjawab seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan kepada kamu”. Aku bertanya lagi, “bagaimana jika aku jadikan sepenuhnya untuk berselawat kepada mu?” Baginda menjawab, “Oleh yang demikian segala kehendakmu akan dipenuhi dan diampuni segala dosamu”.

(Hassan)



Huraian
1. Rasulullah mengingatkan umatnya agar sentiasa mengingati Allah sepanjang masa dan mengingati mati kerana kematian adalah seumpama kiamat kecil bagi setiap manusia yang hidup. Bahkan kematian akan datang pada bila-bila masa dalam berbagai bentuk termasuk dengan berlakunya sesuatu bencana.
2. Mala petaka yang datang seperti gempa bumi, ombak besar (tsunami), tiupan angin yang kuat (puting beliung) dan sebagainya adalah ujian yang ditentukan oleh Allah S.W.T. bagi menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran setiap hamba-Nya.
3. Oleh itu umat manusia khususnya umat Islam hendaklah sentiasa beringat (jangan lalai dan alpa) dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya di samping berselawat ke atas baginda Rasulullah saw. sepanjang masa dan berdoa agar dijauhi dari segala mara bahaya dan bencana yang menimpa.
4. Orang yang banyak berselawat adalah orang yang paling rapat dengan baginda di akhirat kelak di mana segala permohonan dan kehendaknya akan diperkenankan oleh Allah S.W.T di samping itu segala dosanya akan diampunkan dan sentiasa mendapat perlindungan dari-Nya.
5. Sesungguhnya arahan Rasulullah saw. supaya umatnya memperbanyakkan selawat adalah juga disertai dengan suruhan agar kita tidak meninggalkan perintah agama serta menjauhi segala larangannya.

Kelebihan Menyegerakan Berbuka Puasa


Hadith :
Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan”.

(al-Bukhari dan Muslim)



Huraian
1. Orang yang berpuasa disunatkan segera berbuka setelah diyakini masuknya waktu Margrib, sebaliknya makruh hukumnya jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa sebarang sebab yang munasabah.
2. Antara hikmah disunatkan agar segera berbuka puasa ialah supaya kita tidak tergesa-gesa dalam mengejar waktu solat di mana ia memberi kesempatan untuk kita rehat seketika sebelum mengerjakan solat Maghrib dan sebelum bergegas menunaikan solat Isyak dan Tarawikh pula selepasnya.

Rahmat Terhalang Kerana Permusuhan


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah S.W.T dalam sejumaat (seminggu) dua kali. Iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang mukmin kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan:”Tinggalkanlah kedua orang ini dahulu sampai mereka berdamai.”

(Muslim)

Pemimpin Adalah Perisai


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.”

(Muslim)

Status Orang Mati Bunuh Diri


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.”

Riwayat Abu Hurairah



Huraian
i) Suatu topik yang sedang hangat terjadi dalam masyarakat hari ini ialah kejadian BUNUH DIRI. Dilaporkan bahawa puncanya adalah disebabkan kurangnya tahap didikan dan beratnya beban yang ditanggung oleh si pelaku.
ii) Di dalam Islam perbuatan membunuh diri adalah termasuk dalam dosa besar dan dilarang keras. Hal ini kerana manusia adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah dan diutamakan melebihi makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain.
iii) Orang yang membunuh diri adalah orang yang lari dari tanggungjawab kemanusiaannya. Lebih parah daripada itu perbuatan tersebut menunjukkan kurangnya kepercayaan seseorang itu terhadap takdir Allah S.W.T sedangkan Islam mengajarkan umatnya tentang kepentingan sabar dan tawakkal serta melarang daripada sifat berputus asa dan sebagainya.
iv) Orang yang beriman tidak boleh membunuh dirinya sendiri dengan sebarang alasan kerana Allah S.W.T pernah berfirman yang maksudnya:
"Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (an-Nisaa: 29)

Makan Makanan Yang Berbau


Hadith :
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:”Ketika perang Khaibar, kami para sahabat Rasulullah s.a.w terpaksa makan sayur bawang putih. Kerana sangat lapar, kami makan agak banyak.. Kemudian kami pergi ke masjid lalu baunya tercium oleh Rasulullah s.a.w. Maka bersabda baginda:”Siapa yang makan buah yang berbau busuk itu janganlah dekat-dekat kepada kami di masjid.” Berkata orang ramai, “Haram! Haram!” Ketika hal itu terdengar oleh Rasulullah s.a.w, baginda bersabda:”Wahai manusia! Sesungguhnya aku tidak mengharamkan apa yang dihalalkan Allah; tetapi hanya kerana tumbuh-tumbuhan itu berbau busuk.”

(Muslim)

Sama Ada Jin Atau Syaitan


Hadith :
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.”

(Muslim)

Empat kunci kebahagiaan


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”


Riwayat Ibnu Hibban



Huraian
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.
ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.
iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

Syurga Ar-royyan Untuk Orang Yang Berpuasa


Hadith :
Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”

(Bukhari & Muslim)



Huraian
Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu kedudukannya di sisi Allah S.W.T sangat mulia di mana Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang-orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja.

Pantang Menyerah Sebelum Ajal


Hadith :
Dari Anas bin Malik r.a, nabi s.a.w bersabda:”Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau berikhtiar) maka hendaklah ia berdoa:”Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku.”

(Bukhari)



Huraian
Sebagaimana maklum Islam menyuruh umatnya agar berusaha dan berikhtiar dalam apa jua perkara dan kesulitan yang dialami di samping berdoa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah SWT. Hal ini kerana kehidupan itu adalah suatu ujian daripada Allah yang diberikan kepada setiap manusia demi menguji sejauhmanakah keteguhan iman seseorang itu dan setakat manakah pergantungannya terhadap Allah. Orang-orang yang beriman akan sentiasa bersabar dan tabah dalam dugaan ini dan sebaliknya pula bagi orang yang kurang imannya di mana hal yang demikian boleh memungkinkan seseorang itu menyalahkan takdir Allah hingga diri tersesat jauh dari jalan-Nya. Oleh itu hendaklah kita sentiasa beringat bahawa setiap kesakitan yang dialami itu adalah suatu tanda kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya di mana jika seseorang itu berjaya mengatasinya iaitu ia tidak mengeluh dan sentiasa bersabar sambil berusaha dan berikhtiar, Allah akan memberinya ganjaran pahala yang amat besar. Bukankan setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka kita selaku hamba-Nya mesti yakin akan kebesaran kuasa Allah dan janji Allah serta tidak berputus asa. Hidup adalah suatu perjuangan. Bak kata pahlawan Melayu’Pantang menyerah sebelum ajal!’.

Wanita Solat Di Belakang Lelaki


Hadith :
Abu Naim mennyampaikan kepada kami katanya, Ibnu ‘Uyainah menyampaikan kepada kami, daripada Ishaq katanya:”Nabi s.a.w solat di rumah Ummu Sulaim lalu berdiri dan seorang anak yatim di belakang baginda dan Ummu Sulaim di belakang kami.”

(Bukhari)



Huraian
Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki
sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa', ayat 34 yang bermaksud :
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah
melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka
telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu wanita
solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan
suami sebagaimana yang Allah tetapkan." Sembahyang dalam Islam membabitkan perbuatan pelbagai pergerakan zahir dan batin. Ia tidak mengandungi semata-mata upacara keagamaan serta tidak bercampur aduk antara lelaki dan wanita. Islam menggariskan beberapa peraturan untuk menentukan umatnya beribadah kepada Allah S.W.T secara tertib dan beradab bagi mencapai kekhusyukan dalam menunaikan ibadah kepada Allah. Dalam peraturan menunaikan sembahyang berjemaah lelaki dan perempuan, Rasulullah bersabda: 'Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruknya saf yang terakhir, manakala sebaik-baik saf bagi wanita ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah saf yang pertama.' (Riwayat Muslim). Bila shaf terisi penuh, maka mulailah dengan shaf yang baru dari arah sebelah kanan. Bila yang terbelakang hanya seorang diri, maka usahakanlah ia dapat masuk shaf yang sudah ada; atau tariklah seorang anggota shaf yang ada untuk menemaninya (yang ditarik pasti mahu, andaikan ia mengerti tata tertibnya).

Kewajiban Berpuasa Dibulan Ramadhan


Hadith :
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari)”.

-



Huraian
1. Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai daripada terbit fajar hingga tenggelam matahari
2. Umat Islam adalah diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan apabila sahaja ternampaknya hilal iaitu anak bulan, dan disertai pula pengisytiharan bermulanya puasa oleh pihak yang berkuasa.
3. Asas penentuan bulan Ramadhan dan Syawal adalah berpandukan kepada anak bulan (hilal) yang disandarkan kepada dalil al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
4. Islam juga telah memberi garis panduan kepada umatnya untuk menentukan tarikh puasa dan juga hari raya dengan mengikut rukyah atau pun hisab.
5. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. iaitu ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui Allah di hari akhirat kelak.

Perbandingan Antara Orang Yang Pemurah Dengan Orang Yang Kedekut


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan ia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya; ia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar.”

(al-Bukhari)



Huraian
Memang telah dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa Allah akan sentiasa merahmati dan memberi kesenangan kepada hamba-Nya yang berhati mulia dan bersikap pemurah sesama manusia. Manakala sesiapa yang mementingkan diri sendiri (kedekut) di muka bumi ini akan mendapat kehidupan yang tidak berkat dan tidak tenteram dalam hidupnya yang semakin hari menjadikan dia bertambah tamak dan tidak takut melakukan perkara yang salah dan berdosa sehingga sanggup menipu dalam berniaga, makan riba, menerima rasuah, menindas orang lain, dengki dan khianat. Allah menjadikan dunia ini sebagai syurga untuk mereka manakala bila di akhirat nanti neraka akan menjadi balasannya. Sesungguhnya harta merupakan ujian Allah S.W.T kepada umatnya dan kemewahan semata-mata bukanlah kayu pengukur kebahagiaan. Oleh itu tidak kira banyak atau sedikit rezeki yang kita dapati, apa yang penting adalah keberkatan dan limpahan rezeki itu adalah dengan cara yang halal dan diredhai.

Cara Malaikat Mengambil Nyawa Manusia


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: "…..Dan apabila seseorang mukmin sampai masa matinya ia digembirakan oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya: Bahawa ia akan beroleh rahmat Allah dan keredhaan-Nya serta Syurga-Nya, maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dicintai oleh orang itu lebih daripada menerima apa yang dihadapinya, lalu ia suka dan ingin mengadap Allah, dan Allah juga redha menerimanya dengan sebaik-baik sambutan; dan apabila seseorang yang kafir atau yang berdosa didatangi oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya, ia diberitahu bahawa ia akan beroleh azab seksa Allah dan kemurkaan-Nya, maka ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dibencinya lebih daripada yang dihadapinya; dengan sebab itu maka ia merasa gerunan tidak suka mengadap Allah, dan Allah juga tidak redha ia mendekati rahmat-Nya apalagi mengadap-Nya."

Dari Sebilangan Sahabat r.a



Huraian
Rasulullah s.a.w bersabda: "…..Dan apabila seseorang mukmin sampai masa matinya ia digembirakan oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya: Bahawa ia akan beroleh rahmat Allah dan keredhaan-Nya serta Syurga-Nya, maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dicintai oleh orang itu lebih daripada menerima apa yang dihadapinya, lalu ia suka dan ingin mengadap Allah, dan Allah juga redha menerimanya dengan sebaik-baik sambutan; dan apabila seseorang yang kafir atau yang berdosa didatangi oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya, ia diberitahu bahawa ia akan beroleh azab seksa Allah dan kemurkaan-Nya, maka ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dibencinya lebih daripada yang dihadapinya; dengan sebab itu maka ia merasa gerunan tidak suka mengadap Allah, dan Allah juga tidak redha ia mendekati rahmat-Nya apalagi mengadap-Nya."

Potong Kuku Dalam Keadaan Junub, Blowjob/seks oral!

 Assalammualaikum…..

Saya nie baru je berumur se tahun jagung… lebih2 lagi dalam bab agama nie ilmu pengetahuan saya masih cetek…saya ingin mencari kepastian… berkenaan dalam perkara ini:

1) macam mana kalau seseorang itu memotong kuku, janggut, atau sebahagian yg ade di tubuh badan nye… semasa dia sedang dalam keadaan belum mandi wajib, perlukah kuku, janggut, atau sebagainye yang sudah dipotong dibasuh sekali, semasa tuan nye mandi wajib…?

2) sekiranye boleh atau tak boleh?, diharap ianya dapat dihurai kan dengan teliti, dari segi hukum dan sebagainye..?

3) apakah hukumnye isteri mengulum kemaluan suaminye?
:bazooka

Jawapan:

1. Larangan memotong kuku dan bulu sebelum mandi itu berasal dari alImam alGhazali rh. alMarhum Gurubesar alAzhar, Syaikh alImam Sayyid Sabiq merumuskan pendapat ini tidak ada sandaran pada dalil alQur’an atau asSunnah atau athar sahabah (Fiqh Sunnah)
2. Tidak perlu mencurahkan usaha mentarjeeh pendapat ini (alGhazali) kerana laranganya tidak ada baik dari alQur:an atau asSunnah.

3. Oral seks sebenarnya meliputi apa jua rangsangan seks dgn menggunakan mulut ke atas pasangan masing-masing. Ini adalah digalakkan dan Islam mengiktiraf seks oral sebagai cumbuan sebelum jima’. Akhirnya seks oral hanya terbatas pada perbuatan wanita mengulum kemaluan lelaki yg diistilah oleh industry porno, internet dan filem biru sebagai Blow job. Dengan tersibarnya industri lucah VCD, maka seks luar batasan ini semakin tersibar dan semakin ramai manusia ingin mencubanya. Kalau kita meneliti dalam kitab2 fiqih tidak kita ketemui larangan terhadap aktiviti seks yg dimaksudkan itu. Setelah saya meneliti pendapat2 fuqaha’ yg masih hidup hari ini, rata-rata mereka berpendapat MAKRUH melakukannya (Islam Online) Alasan utama: Mencontohi susila Nabi saw melalui Aisyah ra, bahawa Aisyah menjelaskan beliau (Aisyah) tidak pernah melihat kemaluan Nabi saw), Nabi juga menyarankan adegan seks tidak bogel 100%, tetapi hendaklah dibawah selimut. (Albani, Adabul Zifaf).

Perempuan pakai seluar

Dalilnya:
من لم يجد إزارا فليلبس سراويل

Dari Ibn Abbas ra, Nabi saw bersabda,” Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” [sahih Bukhari (5804)]

Hukum ini umum, bagi perempuan dan lelaki. Tapi seluar perempuan hendaklah berlainan dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri dalam berseluar. Dalilnya:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال
Terjemahnya: Dari Ibn Abbas ra: ” Dilaknat RasuluLlah ke atas pria yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai pria.” [Bukhari, 5885]

Seluar perempuan hendaklah berlainan dari lelaki, misalnya designya, longgar dan ada jilbab (outer garment) yang menutupi figur (bentuk badannya, terutama pinggul dan pahanya. Dalilnya:

ونساء كاسيات عاريات
Dari Abu Hurayrah ra, bahawa Nabi saw pernah melihat ahli Neraka…terdiri dari wanita yang berpakaian tapi (masih) telanjang..”
[sahih Muslim, 2128]

Ini pendapat dalam madzhab Syafi’iy melalui Imam Rafi’iy (syarh alMuhadzaab,5/92).
Tapi madzhab Hanbali, yang diamalkan di KSA mengharamkan terus pemakaian seluar panjang oleh perempuan (jika tidak mengenakan abaya (pakaian luar). Misalnya Fatawa Mar’atil Muslimah (3/851), begitu juga pendapat al-Albani ketika membuat radd (bantahan) kepada pendapat arRafi’iy dalam alJilbab (159).

Rumusan:

1. wanita boleh memakai seluar jika seluar itu berlainan dari fesyen lelaki, tidak ketat, dipakai pakaian luar menutupi pinggulnya

2. Terdapat fatwa yg keras dari KSA bahawa wanita ditegah dari memakai seluar panjang yang ketat dan menampakkan pinggulnya.

Kekerapan Melakukan Hubungan Seks Bagi Suami isteri

Para ulama memberikan berbagai pendapat tentang jarak waktu paling kurang bagi hubungan seks yang wajib dilakukan oleh seorang suami. Berbagai pendapat telah diberikan.

Namun pendapat yang terbaik ialah apa yang nyatakan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h ( wafat 728H) iaitu suami wajib menyutubuhi isteri dengan kadar keperluan seseorang isteri. Ini adalah pendapat yang tepat. Persetubuhan antara lain bertujuan memelihara kehendak nafsu agar tidak melakukan sesuatu yang menyanggahi syarak. Suami hendaklah sedar kewajipan ini. (sesiapa yang inginkan pendetilan masalah ini lihat al-Mufassal fi Ahkam al-Marah oleh ‘Abd al-Karim Zaidan).

Allah Lebih Mengetahui

Air Mazi: najis, Jadi seks oral/blowjob hukumnya???

Salam

Setahu saya, adalah makruh bagi isteri menikmati kemaluan suami dengan mulut dan harus bagi suami menikmati kemaluan isteri sedemikian berdasarkan dalil ” isteri kamu bagaikan kebun dan ladang milikmu yang boleh digunakan menurut kehendakmu asalkan tidak menyalahi hukum syarak seperti …. ” (liwat).

Tetapi saya menjadi keliru apabila menyentuh soal air mazi.

Air mazi adalah cecair yang keluar dari kemaluan ketika berghairah. Sudah pasti suami/isteri yang melakukan perbuatan di atas akan terkena air mazi pada/dalam mulut/lidahnya. Manakala Air mazi dikatakan najis dan hukumnya haram.

Soalan 1:

Jika hukum perbuatan sex tersebut adalah harus/makruh, bagaimana mungkin ia dapat dilakukan sedangkan air mazi itu najis?

Setahu saya najis adalah bahan perkumuhan dari sistem badan. Air mazi hanyalah bahan cecair pada anggota badan yang bertujuan untuk melicinkan anggota tersebut dan ia bukan bahan perkumuhan dari badan.

Soalan 2:

Jadi mengapakah air mazi dikategorikan sebagai najis? Apakah hukumnya berdasarkan ijma’ atau sememangnya hukum yang telah tetapkan Allah? Bolehkah ustaz nyatakan dalilnya?

Bukan bermaksud untuk mempertikaikan hukum Allah. Tetapi saya keliru kerana terdapat dua hukum dalam satu keadaan yang sama.

1. Harus/makruh pada perbuatan sex itu.

2. Haram dan najis pada air mazi.

Sekian, Wassalam jawapan:

Wassalam

Jawab:

Hukum makruh bagi isteri melakukan seks oral kepada zakar suami dan Harus suami melakukan seks oral kepada vagina isteri adalah dua hukum yg berdasarkan dzann (sangkaan) sahaja. Ini kerana tidak ada dalil yg direct menyentuh isu seks yg luarbiasa memandangkan nature budaya Islam yg tinggi dan luhur. Oral seks masih diwartakan dalam Kanun kesiksaan Hukum Civil Malaysia sebagai seks luar tabi’iy, ini menunjukkan penggubal perundangan civil Malaya dulu melihat seks oral sebagai seks luar tabi’iy (tabi’at seks luar biasa).
Kitab2 klasik fiqh langsung tidak membahaskan hukum oral seks. Hanya internet dan industri filem biru yg mempopularkan jenis2 seks luarbiasa spt oral, anal, lesbian, gay, beastiality (seks dgn binatang), dan macam2 lagi.
Kita berpendapat oral seks perlu dijauhi kerana walaupun seks itu Halal dan isteri itu pakaian bagi lelaki dan suami itu pakaian bagi isteri tapi ia masih tertakluk pada adab dan ketaqwaan. Seperti juga makan dan minum, ia adalah harus, kita tertakluk pada adab2 makan, namun Barat mengajar cara makan yg extreme, mereka makan burger dan piza sambil menari,, dan meneguk air carbonated mereka sambil berjalan dan berlari.
Maka seks pun begitu, kita umat Islam menikmati seks dgn beradab, maka biarkan orang Barat menikmati seks mereka dengan melampaui batas. Gempa seks atau sexual revolution yg melanda Barat amat menakutkan sekali, bahkan jika industri VCD lucah yg berleluasa sekarang jika tidak dapat dibendung akan mengundang padah pada umat Islam juga, bila revolusi seks biru ini menular dalam masyarakat.
Maka kami tidak berani nak tahqeeq hukum Oral seks ini sehingga fuqaha’ dan mujtahid terkemuka hari melihat dan mengkaji dan mengeluarkan suatu hukum yg muktamad sebagaimana hukum dadah dan rokok.

2. Mazi adalah najis menurut kesepakatan ahli hadis (Albani, Tamamul Minnah). Dalil: HR Bukhari-Muslim dari Ali bin Abi Talib ra. Maka jika mazi ini najis dan thabit kenajisannya melalui hadis sahih, maka anda boleh membuat hukum yg wajar utk oral seks. Lelaki dan wanita mengeluarkan cecair madzi semasa ghairah dan madzi itu najis dan jika cecair najis ini masuk dalam mulut, maka sudah tentu syara’ memandang serius masalah najis yg diambil secara sengaja.

Suami Isteri Menonton Video Blue Untuk Belajar

 Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-



Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :



Ertinya : “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”



Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.



Kedua: Islam juga tidak menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam. (hadith berkaitan hal ini tidak sahih,jadi harus melihat kemaluan pasangan kita)



Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku pandauan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.



Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.



Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.



Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.



sekian

Seks Dalam Keadaan Berbogel

1. Hukum berbogel ketika bersetubuh.

Prof Dr Abdul Halil Abu Syuqqah, sahabat Dr Yusof alQardhawi dari universiti Qatar menjelaskan kekeliruan umat Islam:

” …ramai yang faham jima’ (hubungan seks) hendaklah dilakukan dalam malam yang gelap gulita, jika jima’ di siang hari pula, hendaklah dilakukan dengan hanya membuka sedikit sahaja pakaian dan menutupi sebahagian besarnya, ada pula fatwa, tidak boleh memandang aurat satu sama lain dan hendaklah menjauhkan (mata) dari memandang alat kelamin masing-masing. Ini semua tidak disandarkan kepada dalil yang sahih. Sedangkan amalan ini bercanggah dengan keumuman nas-nas yang membolehkan:

” dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri dan sahaya miliknya.” AQT 23:5
mafhum alhadith:
” jagalah kemaluanmu, kecuali terhadap isterimu dan budakmu.” al-Albani, sahih Sunan Abu Daud, No 3391

alHafidz Ibn Hajar meriwayatkan hadith dari Aisyah ra. Sulaiman bin Musa pernah bertanya Atha’ akan bagaimana seorang lelaki yang memandang faraj isterinya, lalu aku (Atha’) bertanyakan akan Aisyah, lalu Aisyah meriwayatkan bahawa dia dan RasuluLlah saw pernah mandi bersama-sama. (alFath, 1/378)

Maka jelaslah bahawa boleh rupanya pasangan saling melihat aurat masing-masing.

2. Maksud ayat: AQT 2:223 (isteri-isteri kamu adalah sawah-ladang, maka kerjakanlah ladang itu sebagaimana yang engkau sukai.”)

Ibn Abbas berkata, ayat ini turun menjelaskan kekeliruan mengenai tatacara jima’ berhubung dgn kedudukan atau positioning semasa hubungan seks. Kaum Ansar (penduduk asal Madinah) mencontohi amalan Yahudi yang hanya bersetubuh dgn posisi miring sahaja. Jika suami mendatangi isterinya dari arah belakang, maka mata anak akan juling (mengikut kepercayaan Yahudi). Sedangkan kaum Muhajirin tidak mengetahui akan pantang larang penduduk Ansar dan Yahudi, lalu turunlah ayat ini membatalkan kepercayaan Yahudi itu. Maka dengan turunnya ayat ini, hubungan seks boleh dinikmati dengan apa jua posisi dan stail mengikut selera masing-masing. (al-Albani, Adab azZifaaf, 28)

sekian

Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

 عن ابن عباس قال: قالت ميمونة:  وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)



Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:

ثم أتيته بالمنديل فرده

Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”



Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.



Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)



Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:



دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”



8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)



9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.



Wallahu’alam.



Rujukan:

طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام

Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani

Hukum Melancap?

Pertanyaan:

Ada seseorang yang berkata: Apabila seorang lelaki melakukan onani, apakah hal itu boleh disebut zina dan apakah hukumnya?

Jawapan:

Ini yang disebut oleh sebahagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan “istimna” (onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah SWT ketika menyebutkan orang-orang Mukmin dan sifat-sifatnya berfirman,


وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7).

Al-’adiy ertinya orang yang zhalim yang melanggar peraturan-peraturan Allah.
Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bahawa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan isterinya dan melakukan onani, maka bererti dia telah melampaui batas; dan tidak syak lagi bahawa onani itu melanggar batasan Allah.

Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa kebiasaan tersembunyi (onani) itu haram hukumnya. Kebiasaan rahsia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat bergejolak. Perbuatan ini tidak boleh dia lakukan, ini kerana ia mengandungi banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para doktor kesihatan. Bahkan ada sebahagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasaan buruk tersebut. Kewajipan anda, wahai orang yang bertanya, adalah mewaspadainya dan menjauhi kebiasaan buruk itu kerana sangat banyak mengandungi bahaya yang sudah tidak diragukan lagi, dan juga kerana bertentangan dengan makna yang jelas dari ayat al-Qur’an dan menyalahi apa yang dihalalkan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya. Maka dia wajib segera meninggalkan dan mewaspadainya. Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa, sebagaimana arahan
Rasulullah SAW,


يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.

“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).

Di dalam hadits ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”

Pada hadits tadi Rasulullah SAW menyebutkan dua hal, iaitu:

Pertama, Segera bernikah bagi yang mampu.
Kedua, Meredakan nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu bernikah, kerana puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syaitan.

Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam . Insya Allah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya. Bernikah itu merupakan amal shalih dan orang yang bernikah pasti mendapat pertolongan, sebagaimana Rasulullah tegaskan di dalam haditsnya,

ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِيْ يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِيْ يُرِيْدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ.

“Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah SWT: al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).

Rujukan:

Fatwa Syaikh Bin Baz, dimuat di dalam majalah al-Buhuts, edisi 26, hal. 129-130.
Disalin dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 1, penerbit Darul Haq.

Beribadat Dalam Suasana Huru-hara


Hadith :
Daripada Mukkil bin Yasar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Beribadat dalam keadaan kekacauan (huruhara/malapetaka) sama kelebihannya dengan berhijrah kepadaku”

(Muslim)



Huraian
1. Umat Islam hendaklah hidup dengan bantu membantu di antara satu sama lain, apalagi jika terdapat segolongan manusia yang sedang menghadapi kesusahan seperti berlakunya sesuatu malapetaka.
2. Umat Islam juga hendaklah sentiasa berpegang dengan ajaran al-Quran dan al-sunnah dalam semua keadaan dan walau di mana mereka berada di mana orang yang patuh dalam melakukan amal ibadat sekalipun dilanda keadaan gawat seperti peperangan, kesakitan, huru hara dan sebagainya untuk mereka adalah ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT.
3. Berhijrah adalah suatu perjuangan dari semua bentuk kesusahan, ancaman, malapetaka dan sebagainya kepada keamanan, keselamatan dan kesejahteraan hidup. Semua itu memerlukan kekuatan iman dan jiwa sehingga seseorang itu berjaya dan beroleh kemenangan.

Pembesar Melalaikan Solat


Hadith :
Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Bakal terjadi sesudahku, di mana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagimu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu.”

(Muslim)



Huraian
Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk dalam beribadat, mereka akan merasa berat dan terbeban dengan solat. Orang begini tidak akan menunggu waktu solat. Malah jika mengerjakan solat sekalipun, ada perkara lain yang diagung-agungkan yang menjadikan fikiran dan jiwanya tidak tertumpu kepada Allah S.W.T. Contohnya orang yang merasa sayang untuk meninggalkan kerja-kerjanya. Orang begini tentu berat dan susah mengerjakan solat kerana terlalu sibuk hingga mereka menjadi lalai. Bahkan dalam masa mengerjakan solat sekalipun ia tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas dan khusyuk tetapi dalam keadaan terpaksa dan terseksa. Apa yang diingatinya ialah perkara yang dijiwainya dan yang diutamakannya. Oleh itu solatnya dilakukan dengan cepat sekali demi menyelesaikan tugasannya itu. Maka terasalah olehnya akan kepenatan dan kejemuan dalam mengerjakan solat hingga sampai kepada tahap sanggup meninggalkan solat. Orang seperti ini sebenarnya tidak sabar dalam mengerjakan solat dan mendirikan solat tanpa roh lantaran kegagalan mereka menghayati atau memahami setiap ungkapan yang dibacanya di dalam solat. Sesungguhnya sembahyang 5 waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaannya tidaklah panjang dan tidak juga memakan masa yang lama. Hanya sekitar 10 - 15 minit sahaja. Bahkan ia boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Bahkan merupakan satu latihan jasmani yang baik untuk tubuh badan. Namun begitu mengapa Allah menyebut solat itu besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk? Jawapannya, khusyuk yang dimaksudkan di sini ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam dan rasa kehambaannya kuat. Rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa. Mereka mudah mengerjakan solat bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat melepaskan perasaan rindu pada Tuhan. Waktu solat sentiasa ditunggu-tunggu dan tidak cukup dengan mengerjakan solat yang wajib, mereka mendirikan pula solat sunat.

Muslim Yang Terpelihara


Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir.”

(al-Bukhari)



Huraian
Orang yang memperhatikan keadaan manusia pada zaman ini akan dapat melihat betapa hebatnya kefasikan yang telah melanda kehidupan mereka. Ini disebabkan keadaan masing-masing sesama umat Islam tidak lagi memberi erti persaudaraan sebagaimana yang dituntut oleh agama sebaliknya mereka saling kutuk-mengutuk, memaki hamun dan ada pula yang sampai ke tahap sanggup membunuh. Lantas terjadilah perlanggaran hukum yang akhirnya mencacatkan nama baik Islam hingga Islam itu dipandang sebagai agama yang ganas dan bersifat keras. Sesungguhnya inilah perosak ummah yang menjadi duri dalam daging bagi seluruh umat Islam. Mereka hanya mengutamakan hawa nafsu dan kepentingan diri tanpa memikirkan akibat yang bakal ditanggung. Oleh itu setiap Muslim hendaklah memastikan apa jua tindakan yang dilakukannya itu tidak melanggar batasan syariat dan sekali-kali tidak menjadi fitnah pada agama kerana hal ini bukan sahaja mendatang dosa bahkan memporakperandakan kesejahteraan bersama.

Dakwah Yang Berhikmah


Hadith :
“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya:” Seorang Arab Badwi telah membuang air kecil di dalam masjid, lalu orang ramai pun bangun hendak bertindak ke atasnya. Maka rasulullah s.a.w bersabda (yang maksudnya): “Biarkan dia (hingga selesai ia membuang air kecil) dan siramkan sebaldi atau segayung air ke atas kencingnya itu. Sesungguhnya kamu diperintah untuk memberi kemudahan, bukan untuk mendatangkan kesusahan.”

Riwayat al-Bukhari



Huraian
1. Teguran Rasulullah s.a.w di dalam hadith tersebut adalah sebagai panduan kepada umat Islam agar bertindak dengan penuh hikmah dan menegur secara baik. Bahkan ia termasuk di dalam strategi dakwah yang amat penting.
2. Masjid merupakan tempat suci yang amat perlu dijaga kebersihannya. Oleh itu setiap ahli jemaah mestilah mematuhi peraturan masjid yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan masjid agar memberi kemudahan kepada semua pihak.
3. “Memudah dan tidak menyukarkan” adalah antara prinsip asas Islam yang harus diutamakan dalam melakukan segala perkara selagi mana ia tidak melanggar batas-batas syarak.

Keistimewaan Khadijah


Hadith :
Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Saya tidak cemburu kepada seorang perempuan seperti cemburunya saya kepada Khadijah. Sesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalam syurga.”

(Bukhari)



Huraian
Rasulullah s.a.w memperisterikan saidatina Khadijah bukan kerana status sosialnya yang yang tinggi yang terkenal sebagai seorang yang hartawan lagi dermawan tetapi adalah kerana sifat saidatina Khadijah itu sendiri yang mempunyai peribadi dan akhlak yang mulia. Saidatina Khadijah adalah seorang yang berfikiran tajam, sabar dan berpandangan jauh. Lebih daripada itu, Khadijah adalah seorang isteri yang benar-benar memahami keadaan suaminya. Ini terbukti ketika mana pertama kali baginda menerima wahyu dilantik menjadi utusan Allah, Khadijahlah yang menenangkan hati baginda dan kemudian mempertemukan baginda dengan sepupunya Waraqah bin Naufal yang mengatakan bahawa baginda adalah seorang Nabi. Khadijah sebenarnya adalah seorang isteri yang mampu menyuntik semangat seorang suami dalam menyempurnakan amanah kepada Allah bahkan beliaulah orang yang mula-mula memeluk Islam sebelum nabi berdakwah di kalangan para sahabat baginda yang lain. Dalam diri Khadijah ditemui teladan wanita terbaik; wanita yang subur dengan kasih-sayang yang juga telah melahirkan anak-anak baginda iaitu: al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayya, Umm Kulthum dan Fatimah. Dalam perjuangan baginda menegakkan agama Islam, Khadijahlah orang yang paling banyak berkorban, harta dan tenaga dalam mempertahankan baginda dari disakiti oleh kaum Quraisy. Begitu banyak peranan yang telah dimainkan oleh khadijah bahkan boleh dikatakan bahawa beliau telah menjadi tulang belakang dalam kegiatan dakwah Rasulullah. Dan berpadanan dengan jasa dan pengorbanannya itu Allah S.W.T telah mengurniakannya sebuah rumah di dalam tempat yang paling mulia iaitu syurga.

Terima Undangan Dan Menerima Hadiah


Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksid: “Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga”


Riwayat Hadith Al-Bukhari



Huraian
1. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah menjaga hati dan perasaan orang lain agar hubungan silaturahim sentiasa terjaga selain dapat menghindari perselisihan faham yang mengakibatkan perbalahan dan perpecahan.
2. Rasulullah s.a.w contohnya tidak pernah menolak sebarang pemberian atau hadiah dan baginda juga tetap menerima apa juga bentuk jemputan tanpa membeza-bezakannya sama ada kecil, besar, kaya, miskin atau sebagainya.
3. Orang yang memilih- milih jemputan bagi sesuatu jamuan atau hadiah yang diberikan kepadanya adalah mempamerkan sifat orang yang sombong dan bongkak sedangkan sifat ini adalah sangat dilarang di dalam Islam.

Asal Usul Azan


Hadith :
Dari Abdullah bin Umar katanya:”Adalah kaum muslimin ketika baru sampai di kota Madinah, berkumpul menunggu waktu sembahyang kerana belum ada cara untuk memberitahu. Pada suatu hari mereka itu bermesyuarat tentang cara pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng seperti Nasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet seperti Yahudi. Maka berkata Umar bin al-Khattab r.a:” Bukankah lebih baik menyuruh seseorang meneriakkan atau memberitahukan waktu sembahyang?” Bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Bilal, pergilah dan ajaklah orang-orang bersembahyang.”

(Muslim)



Huraian
Ketika orang-orang Islam masih sedikit jumlahnya, kesulitan tidak timbul untuk mereka berkumpul bersama-sama bagi menunaikan solat secara berjemaah. Namun semakin hari semakin banyak bilangan orang-orang Islam sehingga timbullah masalah untuk memanggil atau mengingatkan mereka untuk menunaikan solat pada waktunya. Al maklum setiap orang mempunyai potensi terhadap kealpaan ataupun kelalaian pada diri masing-masing disebabkan oleh berbagai-bagai urusan kehidupan yang dijalani mereka. Oleh sebab itu wujudlah mesyuarat yang membincangkan tentang keperluan bagaimana cara yang harus dilakukan untuk mengingat dan memanggil semua orang untuk solat tepat pada waktunya. Ada banyak cadangan yang diusulkan seperti yang diceritakan di dalam hadis. Salah satu daripada usul itu datang dari Umar r.a yang mencadangkan agar ditunjuk seseorang yang bertindak sebagai pemanggil kaum Muslim untuk solat pada setiap masuknya waktu solat. Saranan ini kebanyakannya dipersetujui oleh semua orang, termasuk Rasulullah s.a.w. memandangkan banyak cadangan-cadangan yang lain lebih mirip kepada kaum kafir. Namun yang menjadi persoalannya kini ialah bagaimana perlaksanaannya? Abu Dawud mengisahkan bahawa Abdullah bin Zaid r.a meriwayatkan :"Ketika cara memanggil kaum Muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidur aku bermimpi melihat ada seseorang sedang memegang sebuah loceng. Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual loceng itu. Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepada aku saja. Orang tersebut malah bertanya," Untuk apa ? Aku menjawabnya, "Bahawa dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum Muslimin untuk menunaikan solat." Orang itu berkata lagi, "Adakah kau mahu jika ku ajarkan cara yang lebih baik ?" Dan aku menjawab " Ya !"Lalu dia berkata lagi, dan kali ini dengan suara yang amat lantang , " Allahu Akbar, Allahu Akbar.." Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan perihal mimpi itu kepada baginda. Dan baginda bersabda: "Itu mimpi yang sebetulnya nyata. Berdirilah di samping Bilal dan ajarkan dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang." Lalu aku pun melakukan hal itu bersama Bilal." Rupanya, mimpi yang serupa dialami pula oleh Umar r.a, beliau juga menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w bersyukur kepada Allah SWT di atas semua petunjuk tersebut.

Muliakanlah Anak Yatim


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”

(Bukhari)



Huraian
Akibat kematian ayah atau ibu, seorang anak akan merasakan suatu kekosongan dalam hidupnya. Kosong dari curahan kasih sayang dan segala aspek yang memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum, pakaian, dan lain-lain. Ini menyebabkan seseorang anak yatim itu selalu dihantui oleh perasaan sedih dan hampa. Realiti yang ada di tengah masyarakat sekarang menunjukkan bahawa majoriti anak yatim yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya mengharungi kehidupan yang begitu sukar, menyedihkan dan tersisih. Islam, sebagai agama yang menitikberatkan perihal kasih sayang sangat menekankan agar kita mengambil berat terhadap anak yatim sehinggakan al-Quran sendiri secara khusus banyak membicarakan masalah anak yatim ini lebih daripada perihal anak-anak yang lain secara umum. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:”Rumah yang terbaik adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dihormati dan diperlakukan dengan baik. Rumah yang terburuk adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dizalimi dan diperlakukan dengan buruk. Anak yatim yang mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada mereka yang menjaganya semestinya akan merasa bahagia dan aman. Namun sekiranya ia tidak mendapat apa yang seharusnya ia peroleh, hidupnya akan rosak dan hal ini menjadi lebih parah jika ia jatuh ke pangkuan orang yang tidak bertanggungjawab yang mendidiknya secara salah dan membentuknya menjadi peribadi yang merugikan masyarakat.

Kecelakaan zina


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ”


Riwayat al-Bazzar



Huraian
i) Di antara sifat orang-orang mukmin yang sebenar adalah menjaga kemaluannya dari perbuatan zina kerana zina adalah termasuk dalam kategori dosa-dosa besar (al-kaba'ir) di samping menyekutukan Allah, meminum minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh.
ii) "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32) Larangan zina yang digunakan di dalam al-Quran ini iaitu ''Janganlah kamu mendekati zina, bukan ''Janganlah melakukan zina'' mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya perzinaan sahaja dilarang, tetapi segala-gala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali seperti memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan), bergaul bebas antara lelaki dan wanita, berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim dan sebagainya.
iii) Etika berpakaian juga harus dititikberatkan di mana pakaian seorang muslimah itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat.
iv) Hari ini seakan menjadi “trend”, kebanyakan pakaian yang dipakai oleh golongan muda (ada juga yang telah berumur) terlalu pendek, ketat dan nipis Fenomena seperti ini patut dicegah demi kesejahteraan seluruh masyarakat.
v) Segala-saluran yang dikira boleh membawa manusia kepada perzinaan seperti rumah-rumah pelacuran, disko-disko, rumah-rumah urut dan sebagainya hendaklah dicegah ditutup keseluruhannya. Jika tidak akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.

Isteri Jangan Tolak Permintaan Suami Untuk 'bersama'.


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya:”Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga Subuh.”

(Muslim)



Huraian
Hakikatnya memang benar bahawa wanita itu bukan simbol seks dan tempat pemuas nafsu si suami hingga di Barat, wujud undang-undang yang disebut marital rape (suami merogol isteri). Namun dari satu sudut lelaki memang perlu bertolak ansur. Jika isteri penat, datang haid, baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Islam, memanglah tidak patut bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Tetapi jika tidak ada sebarang sebab untuk menolak, jika diminta oleh suami maka si isteri wajib memenuhinya. Permasalahan ada ‘mood’ atau tidak, ia perlu dirujuk pada yang pakar bagaimana mahu mewujudkan mood tersebut tetapi janganlah sampai melanggar batas-batas syarak.

Tambahi pahala jauhi Dosa


Hadith :
Daripada Wabisah bin Makbud
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan? Aku menjawab ‘ia’ maka sabdanya lagi mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri, kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan ketenangan hati. Dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu-ragu didalam dada (hati) sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka”


Riwayat Ahmad & ad-Darami



Huraian
1. Setiap perbuatan kebaikan atau kebajikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan jiwanya menjadi tenang.
2. Orang yang melakukan berbagai kesalahan dan dosa sentiasa berada didalam keadaan serba salah, curiga dan takut diketahui oleh manusia. Ia sentiasa memikirkan bagaimana bentuk pembalasan azab seksa yang akan diterima diakhirat kelak.
3. Amal soleh yang dilakukan oleh seseorang tetap mendapat pahala, manakala kejahatan, penipuan, kemungkaran, dan sebagainya yang dilakukan akan mengundang dosa, dan membawa keresahan jiwa walaupun orang telah memberikan fatwa kepadanya.

Buku & DVD tentang kehidupan Nabi Muhammad S.A.W~...

Pekerja Bukan Hamba


Hadith :
Dari Khaitsamah r.a katanya:” Ketika kami sedang duduk (belajar) dengan Abdullah bin Umar tiba-tiba datang bendaharanya, lalu dia masuk ke dalam majlis. Kata Abdullah kepadanya:” Sudahkah kamu memberi makan kepada para hamba sahaya? Jawab bendahara:”Belum tuanku!” Kata Abdullah selanjutnya:”Bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda:”Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan makan (upah dan sebagainya) terhadap orang yang menjadi tanggungjawabnya.”

(al-Bukhari)



Huraian
1. Islam datang untuk membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah SWT di mana kedatangan Islam telah berjaya menghapuskan perhambaan dengan cara yang sangat halus. Islam tidak terus melarang perhambaan, tetapi Islam menghapuskan amalan hamba abdi ini secara beransur-ansur. Banyak hadith Rasulullah SAW yang berkaitan dengan amalan perhambaan; ada amalan-amalan yang dikaitkan pahalanya sama seperti membebaskan hamba abdi dan ada denda-denda terhadap sesuatu perbuatan yang melibatkan pembebasan hamba abdi.
2. Pada zaman ini perhambaan tidak lagi wujud. Ini bermakna bahawa perhambaan sudah dimansuhkan oleh dunia seluruhnya. Tiada manusia yang boleh memperhambakan sesiapa juga dalam kehidupan mereka termasuk pembantu rumah, pekerja serta mereka yang lemah.
3. Memberi peluang pekerjaan kepada manusia lain untuk mencari rezeki tanpa menjatuhkan martabat kemanusiaannya adalah perkara yang dituntut oleh Islam. Malah Islam menetapkan bahawa di antara majikan dan pekerja terdapat batas-batas yang tertentu yang harus dijaga. Majikan tidak boleh menganiaya para pekerjanya manakala pekerja tidak boleh bersikap buruk terhadap majikan. Masing-masing mestilah mempunyai rasa tanggungjawab, bertolak-ansur, baik sangka dan tolong menolong.

Tambahi pahala jauhi Dosa


Hadith :
Daripada Wabisah bin Makbud
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan? Aku menjawab ‘ia’ maka sabdanya lagi mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri, kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan ketenangan hati. Dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu-ragu didalam dada (hati) sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka”


Riwayat Ahmad & ad-Darami



Huraian
1. Setiap perbuatan kebaikan atau kebajikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan jiwanya menjadi tenang.
2. Orang yang melakukan berbagai kesalahan dan dosa sentiasa berada didalam keadaan serba salah, curiga dan takut diketahui oleh manusia. Ia sentiasa memikirkan bagaimana bentuk pembalasan azab seksa yang akan diterima diakhirat kelak.
3. Amal soleh yang dilakukan oleh seseorang tetap mendapat pahala, manakala kejahatan, penipuan, kemungkaran, dan sebagainya yang dilakukan akan mengundang dosa, dan membawa keresahan jiwa walaupun orang telah memberikan fatwa kepadanya.

Menyamaratakan Kasih Sayang


Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Persamakan antara anak-anak kamu dalam pemberian.”

(At-Tabrani)



Huraian
1. Kasih sayang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan makhluk yang melata di muka bumi ini sama ada yang bergelar insan atau pun binatang. Begitu juga dengan ibu bapa terhadap anak-anak. Mereka hendaklah berlaku adil kepada anak-anak dalam setiap perkara, terutamanya dalam memberikan kasih sayang. Elakkanlah daripada berlaku penderaan emosi yang disebabkan oleh sikap pilih kasih dan sebagainya.
2. Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri. Apa yang dia suka diperlakukan ke atasnya dan apa yang dibenci berlaku terhadap dirinya. Maka perkara yang sama juga mesti terjadi pada ibu bapa terhadap anak masing-masing.
3. Anak-anak memerlukan bimbingan daripada ibu bapa namun begitu ia tidak bererti bahawa anak-anak mesti dimanjakan dan diberi apa yang dimahukan oleh mereka tetapi mestilah disulami dengan aspek ketegasan yang bersesuaian dengan masa dan keadaan.

Menghayati


Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis”


(at-Tabrani)



Huraian
1. Perasaan khusyuk, takwa dan kehambaan kepada Allah S.W.T hendaklah dipupuk di dalam jiwa setiap individu Muslim. Ini dapat dicapai melalui pembacaan (tadabur) al-Quran, mengerjakan sembahyang, dan merenung (tafakur) tentang kejadian makhluk Allah di muka bumi ini.
2. Orang yang alim dan mempunyai sifat mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang akan tersentuh hatinya sebaik sahaja membaca atau mendengar ayat-ayat Allah dibaca. Begitu juga mereka akan terharu dan merasai keagungan Allah Yang Maha Besar apabila terpandangkan ciptaan-Nya yang begitu cantik dan mengagumkan.
3. Segalanya ini adalah tanda-tanda kemanisan dan kelazatan iman yang sebenarnya dan hanya dapat dirasai oleh hati-hati yang hidup iaitu hati yang sentiasa digilap dengan nur keimanan serta jauh daripada dosa dan maksiat. Inilah mukmin sejati di mana mata, hati dan seluruh anggotanya dikawal oleh akal yang mendapat hidayah daripada Allah. Ia tidak mati tapi sentiasa menghayati sebagaimana yang dianugerahkan kepada para rasul, wali dan salafussoleh yang mencintai Allah.

Mani; Najis Atau Tidak?


Hadith :
Dari Amar bin Maimun r.a katanya:”Aku bertanya kepada Sulaiman bin Yasar perihal mani apabila mengenai pakaian seseorang; apakah cukup dengan membersihkan yang terkena mani itu sahaja ataukah harus mencuci kain itu seluruhnya?” Jawabnya:”Aisyah pernah mengkhabarkan kepadaku bahawa Rasulullah SAW hanya membersihkan bahagian yang kena mani itu sahaja; kemudian beliau pergi solat dengan memakai kain itu. Aku memang melihat bekas cucian di kain itu.”

(Muslim)



Huraian
Mengikut pendapat asy-Syafi’eyyah, pakaian yang terkena air mani boleh digunakan untuk menunaikan solat kerana air mani tidak dikira najis. Namun pandangan asy-Syafi’eyyah juga menyebut bahawa disunatkan membasuh pakaian yang terkena air mani sekiranya air mani itu telah kering pada pakaian. (Ibn Qudamah, Mugni al-Muhtaj, jld:1, hlm:79-80) Dr. Wahbah al-Zuhailiy berpendapat, air mani tidak boleh dikategorikan sebagai najis. Ini kerana manusia dijadikan daripadanya dan sebagai memudahkan urusan anak adam. (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, Fiqh al-Islamiy, jld:1,hlm:164).

Mehnah Dalam Kehidupan Bermasyarakat


Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Mukmin yang mencampuri manusia dan bersabar atas penyiksaan mereka adalah lebih mulia daripada mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar atas penyiksaan mereka."

Riwayat Ahmad



Huraian
1. Fitrah manusia adalah sukakan akhlak yang mulia. Oleh itu seharusnya setiap anggota masyarakat hendaklah menjadikan dirinya seumpama bunga yang menyenangkan hati semua orang yang melihatnya biarpun diketahui bahawa lain orang, lain sifat dan perangainya.
2. Pandai mengambil hati orang lain sekalipun emosi sendiri terpaksa dikorbankan adalah perkara lumrah dalam kehidupan bermasyarakat kerana sekiranya setiap orang mempraktikkannya nescaya tidak akan wujud jurang atau permusuhan di antara satu sama lain bahkan kehidupan bermasyarakat akan semakin teguh dengan adanya sikap saling hormat menghormati dan merendah diri serta kasih mengasihi.
3. Maka orang yang sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi kerenah kehidupan bermasyarakat sebenarnya adalah lebih mulia di sisi Allah daripada orang yang memencilkan diri daripada masyarakat kerana orang sebegini tidak mementingkan diri sendiri tetapi sanggup berkorban demi menjamin keamanan dan keharmonian yang mereka semua idamkan. Sebagaimana kita tidak mahu menjadi kebencian orang, begitulah orang lain tidak mahu menjadi kebencian kita dan sebagaimana kita mahu disayangi, begitulah juga orang lain mahu disayangi. Oleh itu kehidupan bermasyarakat memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.