Larangan Membuat Hadith Palsu


Hadith :
Dari Mughirah r.a katanya ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya berdusta berkenaan dengan ucapanku tidaklah sama dengan dusta terhadap ucapan orang lain. Siapa yang sengaja berdusta tentang hadithku, maka hendaklah dia menempati tempatnya di neraka.”

(Bukhari)

Binatang Yang Boleh Dibunuh

Hadith :
Dari Aisyah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:” Terdapat lima jenis binatang merbahaya yang boleh dibunuh di luar tanah haram ataupun di dalam tanah haram iaitu ular, gagak, tikus, anjing gila dan helang.”

(Muslim)



Huraian
Pada hakikatnya Islam mengajar umatnya untuk menyayangi binatang bagi kelangsungan hidupnya sekalipun kita diberikan kuasa untuk menguasai mereka (membunuh mereka dengan tujuan yang baik). Islam juga melarang kita bertindak menyalahgunakan kuasa dengan menganiayai binatang dan memperlakukan mereka sesuka hati. Seharusnya selaku orang-orang yang beriman kita hendaklah memanfaatkan segala sesuatu menurut cara yang dibenarkan oleh agama kerana segala yang tinggal di muka bumi ini diciptakan untuk kemudahan kita dan menjadi kewajiban kita untuk menjaga segala sesuatu itu daripada kerosakan, memanfaatkannya dengan tetap menjaga martabatnya sebagai makhluk Tuhan, melindunginya agar tidak pupus yang dengan demikian barulah menandakan bahawa kita mensyukuri nikmat Allah dalam bentuk perbuatan yang nyata.

Sujud tilawah

Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:”Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.”

(al-Bukhari dan Muslim)



Huraian

1. Tilawah ertinya bacaan. Maka sujud tilawah ertinya adalah sujud bacaan. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat iaitu apabila dibaca ayat tersebut, kita disunatkan bersujud. Ayat inilah disebut ayat sajdah dan sujudnya disebut sujud tilawah.
2. Sujud tilawah disunatkan tidak hanya pada waktu solat tetapi juga di luar solat. Namun dalam solat berjamaah, sekiranya imam tidak melakukannya, maka makmumnya juga tidak perlu bersujud kerana makmum wajib selalu menyesuaikan gerakannya dengan imam iaitu tidak boleh melakukan gerakan yang tidak dilakukan oleh imam.
3. Sujud tilawah juga boleh ditangguhkan. Misalnya ketika sedang di jalanan tiba-tiba kedengaran seseorang membaca ayat sajdah. Maka tidak diharuskan sujud seketika itu juga kerana untuk melakukannya, seseorang itu mestilah dalam keadaan suci dan berada di tempat yang suci, sama seperti mahu mengerjakan solat.
4. Ayat-ayat sajdah itu ialah surah as-Sajdah:15, al-A'raaf: 206, ar-Ra'd: 15, an-Nahl: 49, al-Israa': 107, Maryam: 58, al-Haj: 18, al-Furqaan: 60, an-Naml: 25, Fussilat: 38, al-'Alaq:19, an-Najm: 62, Insyiqaaq: 21, Saad: 24.
5. Cara melakukan sujud sajdah di luar solat menurut mazhab Syafi’e ialah
dengan mengangkat tangan sambil bertakbir dan terus sujud dan membaca sepotong ayat ketika sujud yang maksudnya: “Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta". Kemudian kembali duduk dan memberi salam.
6. Manakala ketika di dalam solat pula cara melakukan sujud sajdah ialah sebaik sahaja membaca ayat sajdah, hendaklah terus bersujud dan membaca bacaan seperti di atas (di dalam sujud). Setelah itu berdiri semula meneruskan bacaan seterusnya.

Pengertian Sunnah

Sunnah menurut bahasa: ialah jalan yang dilalui sama ada terpuji atau
tidak; juga suatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik. Rasul
SAW bersabda:

"Sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan) orang
yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta
sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dab (serupa binatang biawak)
nescaya kamu memasukinya juga." (Hadith riwayat Muslim)

"Barangsiapa menjalani suatu sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya
pahala sunnah itu dan pahala yang mengerjakan dengannya hingga hari
qiamat, dan barangsiapa mengadakan suatu sunnah (perjalanan) yang jahat
(buruk) maka atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakan dengannya
hingga hari qiamat." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Jelaslah bahawa menurut hadith tersebut, perkataan sunnah itu diertikan
dengan perjalanan, sama ada baik atau pun yang jahat, sebagaimana yang
dimaksudkan oleh bahasa.

Sunnah menurut istilah ahli hadith: ialah segala yang dipindahkan dari
nabi sallallahu 'alayhi wa sallam baik yang merupakan perkataan,
perbuatan, mahupun yang merupakan taqrir, sebelum nabi dibangkitkan
menjadi rasul, mahupun sesudahnya. Kebanyakan ahli hadith menetapkan
bahawa pengertian yang demikian sama dengan pengertian hadith.

Sunnah menurut pengertian dan istilah ahli usul: ialah segala yang
dipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam sama ada perkataannya
dan perbuatannya, mahupun taqrirnya yang bersangkutan dengan hukum.
Inilah pengertian yang dimaksudkan oleh sabdanya ini:

"Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu
sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan
Sunnah Rasulnya". (Hadith riwayat Malik)

1.      Contoh sunnah (hadith) perkataan ialah:

"Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelian
ulama' hadith]

2.      Contoh sunnah (hadith) perbuatan ialah:

"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

3.      Contoh hadith (sunnah) taqrir. Taqrir ialah: (a) Nabi SAW
membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak
mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredaannya; (b) menerangkan
kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.

Contoh yang pertama ialah sebagaimana Nabi saw membenarkan ijtihad para
sahabat mengenai urusan sembahyang 'Asar di Bani Quraizah dengan
sabdanya:

"Jangan bersembahyang seorang kamu melainkan di Bani Quraizah." [Riwayat
Bukhari]

Sebahagian sahabat memahamkan perkataan itu menurut hakikat larangannya
lalu menta'khirkan sembahyang 'Asar itu sampai selepas Maghrib. Dan ada
sebahagian yang lain tidak memahamkan demikian, mereka memahamkan bahawa
yang dimaksudkan nabi bercepat-cepat pergi ke Bani Quraizah. Kerana itu
mereka mengerjakan sembahyang 'Asar pada waktunya, sebelum tiba ke Bani
Quraizah.

Kedua-dua perbuatan sahabat yang berlainan oleh berlainan ijtihad sampai
kepada Nabi saw beritanya, dan Nabi saw tinggal berdiam diri tidak
membantah apa-apa.

Contoh yang kedua sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Khalid bin Walid
pernah memakan dab (serupa binatang biawak) kemudian dikemukakan orang
kepada Nabi saw. Nabi saw sendiri enggan memakannya, maka bertanya
sebahagian sahabat:

"Adakah diharamkan makannya ya Rasulullah? Lalu ia bersabda: Tidak! cuma
binatang itu tidak ada di negeri kaumku, kerana itu aku tidak gemar
kepadanya."

Selanjutnya pernah juga dinamakan sunnah itu suatu yang ditunjuki oleh
dalil syara', baik berdasarkan dalil Qur'an atau pun berdasarkan hadith,
mahu pun berdasarkan ijtihad para sahabat, seperti mengumpulkan mashaf
(Qur'an) dan menyuruh manusia membaca menurut suhuf 'Uthman, dan seperti
membukukan ilmu (menyusun dan mengarangnya).

Lawan dari sunnah ini ialah bid'ah, inilah yang dimaksudkan oleh hadith:

"Berpeganglah kamu sungguh-sungguh dengan sunnahku dan sunnah
khalifah-khalifah yang mendapat pertunjuk sesudahku." [Abu Daud &
Tarmizi]

Sementara itu ulama' fiqh berpendapat, bahawa suatu yang diterima dari
Nabi saw dengan tidak difardukan dan tidak diwajibkan dinamakan sunnah.
Imbangannya ialah wajib, haram, makruh dan mubah. Lawannya ialah bid'ah;
talak yang dijatuhkan dalam haid menurut mereka dinamakan: talak bid'ah.

Ulama' Syafi'e mengatakan bahawa sunnah itu: ialah suatu yang dipahalai
orang yang mengerjakannya, tidak disiksai orang yang meninggalkannya.

Menurut ulama' mazhab Hanafi, sunnah itu: ialah suatu yang disunnahkan
Nabi saw atau para khalifah serta dikekalkan mengerjakannya, seperti
azan dan berjama'ah.

Mengelak Penyakit Berjangkit

Hadith :
Dari Abu Salamah bin Abdur Rahman r.a katanya dia mendengar Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak ada penularan”, kemudian ditambahkannya pula, “Jangan mendekatkan yang sakit kepada yang sihat.”

(Muslim)



Huraian
Kita selalu diingatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat demi menjaga kesihatan. Jika kita mengamalkannya, besar kemungkinan kita memperoleh tahap kesihatan terbaik. Namun jika berlaku sebaliknya, contohnya kita hidup bergelumang dengan cara hidup tidak sihat, kita terdedah dan berisiko tinggi dilanda pelbagai penyakit. Meskipun kita sedar setiap penyakit ada ubatnya namun mencegah itu lebih baik daripada mengubat. Sejauh mana kita menghayati dan mengamalkan nasihat ini terpulang kepada kebijaksanaan sendiri. Tiada penyakit yang berjangkit dengan sendirinya melainkan dengan ketentuan Allah S.W.T. Selain daripada berusaha dengan ubat-ubatan, kita hendaklah berdoa kepada Allah S.W.T untuk pertolongan-Nya.

Syurga Orang Kafir; Penjara Orang Mukmin

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

(Muslim)



Huraian
Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dikatakan bahawa dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan. Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun hakikatnya laranga-larangan itu adalah demi kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri agar tidak terjebak ke lembah kebinasaan. Berbeza pula bagi golongan kafir mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri mereka sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya. Sebab itu kita selaku orang mukmin diseru agar memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat, maka Allah akan memberikan kedua-dua-nya (kebahagiaan dunia dan akhirat). Namun sekiranya kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah hanya akan memberikan satu kenikmatan sahaja iaitu dunia semata. Sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak.

Cantik Dan Anggun

Hadith :
Dari Anas bin Malik, katanya: “Rasulullah SAW menentukan waktu kepada kami tentang menggunting kumis, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur ari-ari supaya jangan dibiarkan lebih dari empat puluh hari.”

(Muslim)



Huraian
Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia termasuk semua aturan-aturannya. Justeru kebersihan diri adalah antara ciri-ciri utama yang mesti ada bagi sesiapapun yang ingin kelihatan cantik dan anggun. Sedangkan menarik tidak semestinya yang cantik tetapi yang pasti ialah bersih dan kemas. Maka sesuai dengan kejadian kita yang telah disempurnakan oleh Allah SWT hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin. Kebersihan menjamin kesihatan. Islam mementingkan personaliti yang baik, kemas dan bersih. Janganlah kita mencontohi watak, penampilan, pakaian mahupun gaya orang-orang yang pengotor kerana orang yang pengotor itu adalah saudara kepada syaitan.

SURAH AL-KAFIRUN

“PENYANGKAL KEBENARAN”

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
 
Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Surah ini mengenai sebuah peristiwa ketika beberapa orang kafir berusaha mengadakan dialog dengan Nabi dalam rangka menjatuhkan beliau agar kaum muslim kembali ke kebiasaan lamanya menyembah berhala. Mereka mengusulkan untuk menyembah Allah selama satu tahun, mengikuti ajaran Nabi, dan tahun berikutnya mereka semua, termasuk Nabi dan kaum muslim, menyembah berhala-berhala tradisional mereka. Dengan demikian mereka akan berganti-ganti praktik ibadat sampai salah satu cara terbukti benar pada salah satu pihak. Maka, menurut jalan pikiran kaum kafir, jika ajaran Nabi benar, mereka akan memperoleh keuntungan dari mengikuti ajaran Nabi; tapi, jika praktik kaum kafir benar, maka mereka dan kaum muslim akan mendapat keuntungan dari menyembah berhala-berhala. Surah ini mempakan jawaban dari mereka yang percaya dan beriman kepada mereka yang tidak beriman.

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ

1. Katakanlah: Wahai orang-orang yang menyangkal kebenaran (kafir)!

لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ

2. Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah,
Ini adalah ungkapan penegasan dari orang beriman, yang percaya bahwa ia akan menerima dan merasakan rahmat dari Pencipta Yang Mahaesa. Oleh karena itu ia memberitahu orang kafir, 'Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah.' Orang yang beriman, malahan, menyembah langsung sumber makanan batinnya, yang menjaga agar selamat dari kegelapan yang melingkupi orang lain dan yang memberinya cahaya dan pencerahan. Sumber tersebut menambah keimanannya melalui ' ubudiyah (ibadah)nya dan melindunginya dari segala bahaya. Ibadah menjadikan perjalanannya mu'abbad (mudah, lancar, tidak ada perlawanan). Dengan kerendahan hatinya ia diangkat semakin lama semakin dekat kepada sumber mata air.

وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ

3. Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah.
Dengan kata lain: Engkau tidak punya jalan menuju sumber yang aku sembah, karena engkau tidak menyembah energi halus yang memancarkan semua Sifat.

وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ

4. Dan aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
Tidak pernah akan, dan tidak pernah bisa, setelah tercerahkan, setelah dibukakan, setelah mengetahui Allah, menghormati atau memuja apa yang engkau sembah.

وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ

5. Dan kamu pun tidak akan menyembah apa yang akn sembah.
Di masa akan datang, engkau pun tidak akan pernah menyembah kebenaran yang aku sembah. Ini merupakan ramalan yang menunjukkan bahwa orang-orang yang dalam kekufuran akan tetap dalam kekufuran. Ada orang yang telah diciptakan sebagai bahan bakar neraka, sebagaimana berulang kali dikatakan dalam Alquran, dan fakta ini tidak dapat diubah. Mereka akan tetap begitu meskipun kita meminta agar mereka tidak melakukan itu, meskipun segala upaya dilakukan untuk menarik mereka ke dalam cahaya din.

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
 
6. Untukmu agamamu dan untukku agamaku!
Orang yang beriman berada dalam ketenangan hati yang sempuma dan orang yang tahu bahwa segala sesuatu berada dalam genggaman Allah menyimpulkan, 'Engkau mempunyai jalan sendiri, jalan yang kau pilih untuk melengkapi lagi dirimu dan berinteraksi dengan orang lain, dengan wujud apa pun yang kau anggap mutlak, dan aku punya jalan sendiri!' Kemudian orang-orang yang beriman dan berkeyakinan teguh bergandengan tangan mengikuti metoda yang telah disempumakan dari model Muhammad. Mereka tidak diterangi dari luar; penerangan mereka ber-asal dari dalam. Mereka berjalan sepanjang pantai lautan cahaya, dan pantai ini ada batas-batasnya. Inilah jalan orang mukmin, j'alan keyakinan yang sempurna.

Keutamaan Tangan Kanan Daripada Tangan Kiri

Hadith :
Daripada Salmat bin al-Akwaa’ r.a, bahawasanya seorang lelaki makan di sisi Rasulullah s.a.w dengan tangan kirinya lalu baginda menegurnya dengan bersabda:” Makanlah dengan menggunakan tangan kananmu.” Lelaki itu menjawab, :“Aku tidak berupaya berbuat demikian.” Baginda bersabda lagi: ”Kamu tidak berupaya? Sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan sombong.” Salmat berkata:”Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan kanan ke mulutnya (cacat selamanya).”

Riwayat Muslim



Huraian
1. Umat Islam dilarang menggunakan tangan kiri semasa makan atau minum kerana perbuatan tersebut melambangkan sikap orang yang sombong.
2. Ketika melakukan suatu kebajikan seperti sedekah, berwudhu’, memakai pakaian an sebagainya hendaklah dilakukan dengan menggunakan tangan kanan atau tangan kanan yang didahulukan. Sementara untuk hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti membersih kotoran hendaklah dilakukan dengan tangan kiri.
3. Sesuatu perkataan yang dilafazkan oleh seseorang adalah seperti doa sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain.
4. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana itulah tanda hamba yang bersyukur.

HAQ~ Trailer baru 2010... ((Kongsi Minat Bersama~)) (^_^)

Dengki

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"

Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi



Huraian
1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.
2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.
3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.
4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

Lion of the Desert (1981) - Kisah peperangan perebutan Italy keatas tanah arab Libya


Kisah dan jalan cerita yang cukup menarik, melambangkan kekuatan pemerintahan islam Libya. Bahasa utama filem ini adalah Bahasa Inggeris. Filem ini juga dibintangi oleh Anthony Queen sebagai watak pejuang utama. Pastikan anda menghayati kesenian jalan cerita supaya dapat bersama mendapat pengisian yang tepat dan dapat dijadikan sebagai pengajaran kepada kita tentang perjuangan orang2 islam.



Boleh dimuat turun dengan percuma, pastikan anda mempunyai perisian Divx Player yang boleh didownload dengan percuma.

Klik disini untuk download Filem Lion Of The Desert.

Mencari Kepakaran Ilmu


Hadith :
Dari Zaid bin Tsabit r.a bahawa nabi saw. menyuruhnya supaya mempelajari tulisan Yahudi sehingga saya menuliskan untuk nabi s.a.w. surat-surat baginda (untuk orang Yahudi) dan membacakan surat-surat orang Yahudi apabila mereka berkirim surat kepada baginda.”

(Bukhari)



Huraian
Kekuatan tidaklah terbatas kepada kekuatan senjata, malah melewati batas ini hingga merangkumi semua perkara yang boleh menjadikan seorang Islam itu kuat, seperti ilmu pengetahuan, kekayaan dan lain-lainnya. Apabila tiap-tiap Muslim itu kuat, umat Islam secara keseluruhannya akan kuat. Oleh itu, untuk mencari dan mencapai kekuatan di zaman moden ini memerlukan kepada daya usaha, ilmu pengetahuan untuk mempelajari segala jenis kepakaran dalam berbagai jenis ilmu seperti ilmu kimia dan fizik dan juga ilmu dalam perusahaan dan industri, melakukan percubaan-percubaan dan mempelajari ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh orang bukan Islam dalam bidang kebendaan. Oleh kerana pencapaian kekuatan adalah bergantung kepada perkara-perkara tersebut, maka Islam meletakkan hukum bahawa mempelajari perkara-perkara itu adalah sebagai fardhu kifayah kepada ummat Islam.

Sheikh Mishary Rashed AlAfasy


Download bacaan Al-Quran 30 Juzuk dari Imam Kuwait Sheikh Mishary Rashed Alafasy.

Bacaan yang cukup jelas, doa2 dari beliau dan video klip nasyidnya.
Beliau menjadikan segala usaha beliau sebagai percuma dan beramal kepada Umat Islam seluruh dunia.
(^_^)

Klik disini : Official Website

Bernazar Dengan Maksiat


Hadith :
Dari Imran bin Hushain r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Tidak boleh melaksanakan nazar yang berupa maksiat dan tidak boleh orang melaksanakannya.”


(al-Bukhari)



Huraian
1. Nazar disyariatkan oleh Islam dan diharuskan untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT.
2. Perkara yang dinazar hendaklah merupakan perkara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT di mana Islam tidak membenarkan umatnya bernazar dengan perkara yang telah diharuskan oleh syarak kerana perkara itu tidak membawa kepada pahala atau dosa bagi sesiapa yang melakukannya. Contohnya seseorang itu bernazar untuk makan, minum, tidur dan sebagainya.
3. Perkara yang dinazarkan juga janganlah terdiri daripada kewajipan yang memang telah diwajibkan seperti bernazar untuk mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dan sebagainya.
4. Islam juga melarang kita bernazar dalam perkara yang makruh atau diharamkan seperti membunuh, berzina dan sebagainya. Ini adalah kerana bernazar untuk melakukan perkara makruh dan haram bukan lagi termasuk dalam perkara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah malah perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah.
5. Selain itu adalah tidak sah hukumnya orang yang bernazar secara dipaksa.

Koleksi Album Raihan boleh didapati dari Amazon.com~ (^_^)

Pahala berganda


Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.”

(Muslim)



Huraian
Allah SWT berfirman: “ Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara, (Lauhul Mahfuzh), yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekelian alam.” (Al-Waaqiah: 77-80). Dalam kehidupan seharian seorang mukmin, pengajian Al-Quran adalah amat perlu dititikberatkan karena melalui Al-Quranlah Allah memberi petunjuk kepada hamba-hamba-Nya untuk mencapai keredhaan dan keselamatan. Dan kerana Al-Quran pula Allah mengeluarkan hamba-hamba-Nya daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Oleh itu Allah mengangkat dan memuliakan orang yang suka membaca al-Quran sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi). Kebaikan membaca al-Quran amat banyak, di antaranya ialah; bagi orang yang membaca Al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya. Manakala orang yang membaca Al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan berat dirasakannya (gagap) maka baginya dua pahala. Sesungguhnya orang yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya lebih besar darjatnya daripada orang yang tidak membaca Al-Quran. Ibnu Abbas ra menceritakan bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada (tidak hafal) suatu ayat Al-Quran pun, keadaannya sama dengan rumah yang kosong.”

PANDANGAN ISLAM TENTANG LIWAT

Pandangan Islam Tentang Hukuman Liwat Oleh : Ustaz Abdul Halim Abdullah Dalam kitab “Fiqh Islami wa Adillatuhu” (Fekah Islam dan dalil-dalilnya) menerangkan pandangan-pandangan ulamak Islam tentang hukum hakam liwat. Cukup sekadar menulis bahawa mazhab-mazhab selain Syafie membezakan sedikit sebanyak dalam hukum hakam mereka diantara zina dan liwat mengikut samada pasangan tersebut telah berkahwin atau belum dan sebagainya. Namun Mazhab Syafie menyamakan zina dengan liwat di dalam hukum hakamnya. Dalam Islam, seseorang itu dikira tidak bersalah dalam pertuduhan zina atau liwat terhadapnya melainkan melalui salah satu dari 2 cara sahaja iaitu (1) pengakuan sendiri, atau (2) pertuduhan dengan dikemukakan 4 orang saksi yang melihat jelas kejadian tersebut dengan melihat sendiri alat-alat hubungan kelamin sipelaku. Bahkan disebut didalam kitab tersebut sekiranya 4 orang membuat aduan/tuduhan zina/liwat terhadap seseorang, namun setelah diambil keterangan hanya 3 orang yang melihat dengan jelas alat-alat hubungan kelamin sipelaku manakala seorang lagi hanya mengatakan saya melihat mereka di dalam selimut, maka seorang tadi bebas tetapi 3 orang tadi disebat dengan 80 kali sebatan kerana telah menuduh/mengadu tanpa mengemukakan cukup 4 orang saksi ! Jika begitu, ramai akan berkata betapa sukarnya untuk mendapatkan 4 orang saksi. Memang benar, bahkan dizaman Nabi saw, Maiz dan Ghamidiah direjam hingga mati adalah melalui pengakuan mereka sendiri telah melakukan zina dan bukan melalui pertuduhan sesiapa dengan mengemukakan 4 orang saksi. Jelas di sini dan dalam Syariat Allah swt, Islam mengetat dan menyukarkan sebarang bentuk pertuduhan zina terhadap seseorang. Bahkan dalam pengamatan saya terhadap hikmat Syariat Ilahi ini, dengan mensyaratkan 4 orang saksi, dan setiap mereka mesti melihat dengan jelas alat-alat hubungan kelamin pula, Islam hampir menutup pintu tuduh menuduh dalam perkara zina atau liwat. Adapun jika benar berlaku pezinaan atau liwat, Islam melihat ianya dalam satu bentuk tertutup dan terkawal di dunia, diserahkan azabnya kepada kekuasaan Allah di Hari Akhirat. Sebaliknya jika dibiarkan atau diringankan syarat tuduh menuduh pula, ia akan mengotorkan kehidupan masyarakat Islam, menyebarkan kelucahan, menggalakkan penindasan dan kezaliman lalu mencetuskan porak peranda dalam umat Islam seperti yang berlaku di dunia

Pawns In the Game ((Bidak2 di Papan Catur)) Tahun 1958 - Kontroversi tentang jalan gelap Yahudi terhadap Revolusi Dunia



Sinopsis

Buku “Pawns in the Game” oleh pengarangnya William Guy Carr, seorang keturunan Inggeris, adalah sebuah buku yang sudah lama terkenal di seluruh dunia dan telah diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa, kerana fakta-fakta sejarah yang terkandung di dalamnya amat mustahak diketahui umum. Peristiwa-peristiwa sejarah yang tercatat di dalamnya melibatkan banyak bangsa-bangsa besar di dunia yang mana telah dibuktikan kebenarannya oleh dokumen-dokumen yang sah masih tersimpan pada masa ini di perpusatakaan-perpustakaan muzium di negara-negara Eropah dan Amerika. Di samping maklumat-maklumat yang terdapat dalam buku ini akan meluaskan pandangan dan pengetahuan sidang pembaca budiman, khususnya mereka yang berkecimpung dalam bidang politik. Harap buku ini dapat member tafsiran amali kepada puluhan ayat-ayat suci al-Quran tentang tindak-tanduk suatu keturunan manusia yang mengaku dirinya sebagai “Bangsa Terpilih”; tetapi al-Quranul Karim telah mengecapnya dengan gelaran “bangsa pengacau/perosak di muka bumi”. Maka sejauh mana kebenaran gelaran yang diberi itu menepati dengan sifat-sifat negative yang terdapat pada bangsa itu, dapatlah dipastikan dari penjelasan-penjelasan yang diberi oleh pengarang buku ini, walaupun beliau sendiri mungkin tidak menyedari apa yang dijelaskan itu menyingkap kebenaran ayat-ayat suci al-Quran.

((Nota : Klik pada tajuk buku didalam kenyataan diatas untuk download secara percuma.))

Memakan Belalang


Hadith :
Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a katanya:”Kami berperang bersama-sama Rasulullah s.a.w dalam tujuh peperangan di mana kami pernah memakan belalang.”

(Bukhari)



Huraian
Terdapat dua jenis binatang yang dikecualikan oleh syarak daripada kategori bangkai iaitu belalang, ikan dan sebagainya dari segala macam binatang yang hidup di dalam air. Perkara ini disebabkan suatu keadaan yang tidak memungkinkan kita untuk menyembelihnya menjadikan ia halal dimakan.

Bawang Putih Dan Bau Mulut


Hadith :
Abu Ayyub r.a meriwayatkan katanya: “Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih. Saya bertanya kepada beliau: “Apakah ia haram? Baginda bersabda: “Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya. Abu Ayyub berkata: “Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya.”

Muslim



Huraian
Bau-bauan pada umumnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap manusia dan haiwan. Banyak orang mahupun haiwan terus mengingati bau tertentu sepanjang hidup mereka. Orang yang mempunyai nafas yang berbau pula sering mendapat banyak masalah dalam pergaulan seharian mereka. Selama perbualan berlangsung biasanya orang yang berkomunikasi bersamanya akan berusaha menjarakkan diri atau cuba seboleh mungkin menahan nafas mereka. Bagi yang sering mendapat masalah bau mulut tentunya mereka akan berasa malu. Umumnya bau mulut disebabkan oleh faktor makanan yang dimakan seperti bawang putih, petai, jering, meminum alkohol (arak) atau menghisap rokok, disebabkan mulut kering atau kerana jangkitan penyakit/infeksi tertentu. Maka bagi mengurangi bau mulut adalah penting kita menjaga kebersihan mulut setiap hari. Tidak timbul masalah jika kita mahu memakan makanan yang disebutkan tadi (selain arak) asalkan kita segera mencuci mulut selepasnya. Jika tidak, pernafasan kita akan mengganggu orang lain terutamanya apabila kita mendirikan solat di dalam saf atau berkomunikasi dengan orang lain. Kekhusyukan dan perhatian mereka tentu akan terganggu. Justeru Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal kebersihan ini bukan sahaja pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat bahkan juga pada bau mulut orang yang bersolat itu sendiri.

Solat ghaib


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Pada hari kematian raja Najasyi (Raja Habsyah), rasulullah s.a.w mengumumkannya kepada orang ramai. Sesudah itu baginda pergi ke tempat solat, lalu baginda takbir empat kali (solat ghaib).”

(Muslim)



Huraian
Mayat yang ghaib boleh disembahyangkan walaupun telah dikuburkan. Yang lebih utama menyembahyangkan mayat ialah walinya, iaitu bapanya kemudian datuknya dan seterusnya ke atas, kemudian anaknya, cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah, Di antara syarat-syarat untuk mengerjakan sembahyang jenazah ialah:
1. Orang yang hendak menyembahyangkan jenazah mestilah sudah akil baligh, suci daripada hadas kecil dan besar , menutup aurat dan mengadap kiblat.
2. Tidak disyaratkan masuk waktu, terutama jika ditakuti tubuh mayat itu rosak, maka hendaklah disegerakan sekalipun dalam waktu yang tidak baik (makruh)
3. Jenazah itu mestilah telah selesai dimandikan serta dikafankan.
4. Imam solat jenazah wajib menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara sembahyang jenazah itu kepada para makmum kerana ditakuti ada di antara yang hadir tidak mengetahuinya atau terlupa.

Penerangan Islam Moden Dalam Bentuk Buku & DVD

Tiga Golongan Yang Dilaknat


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, “Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan dari Allah pada hari kiamat, bahkan akan mendapat siksa yang pedih; iaitu si tua bangka yang berzina, raja atau kepala negara atau penguasa yang pendusta dan fakir yang sombong.”

(Muslim)



Huraian
Setiap perbuatan berdosa adalah dikira sebagai maksiat kepada Allah SWT. Orang yang tidak pernah bertaubat daripada dosa yang pernah dilakukannya akan ditimpa laknat daripada Allah dan di akhirat kelak akan mendapat hukumannya. Tiga golongan yang disebutkan di dalam hadith di atas melambangkan tentang besarnya kesalahan dan dosa yang dilakukan memandangkan perkara-perkara tersebut sewajarnya tidak berlaku pada orang-orang yang menggunakan akal fikiran dan benar-benar menyedari hakikat diri mereka. Hanya orang yang keras hati dan mati jiwanya sahaja tidak takut akan kemurkaan Allah SWT dan tanpa mempedulikan kebenaran kewujudan hari pembalasan, mereka sanggup melakukan apa sahaja mengikut hasutan hawa nafsu sekalipun ia jelas perbuatan terkutuk dan terlarang dan sekalipun manusia sekeliling amat membenci dan mengutuknya.

Berzina Dengan Isteri Jiran

Hadith :
Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan katanya : “Aku bertanya : “ Ya Rasulullah! Manakah satu dosa yang paling besar? Baginda bersabda : “Engkau menjadikan sekutu bagi Allah sedangkan Ia yang menciptakan engkau. Aku bertanya : “ Kemudian apa ?” Baginda bersabda : “ Engkau membunuh anak mu kerana takut ia makan bersama mu. Aku bertanya : “ Kemudian apa ?” Baginda bersabda : “ Engkau berzina dengan isteri jiran mu.”

(al-Bukhari, Muslim, an-Nasaie dan at-Tirmidzi)



Huraian
Islam memandang setiap dosa besar itu sebagai sesuatu yang serius dan orang yang melakukannya wajib bertaubat (nasuha), menyesal tidak mengulangi perbuatan tersebut, memperbanyakkan istighfar dan ibadah kepada Allah. Jika ia mati dan tidak sempat bertaubat maka sesungguhnya balasan seksa yang azab akan menunggunya di neraka kelak. Sedangkan telah disebut dalam sebuah hadis, bahawa seringan-ringan seksaan neraka itu ialah sekiranya batu neraka itu diletakkan di bawah tapak kaki, nescaya akan menggelegaklah otak manusia. Dalam hal mensyirikkan Allah, membunuh anak dan berzina dengan ‘isteri orang’, dosa-dosa yang bakal ditanggung amat berat sekali. Justeru memohon ampun kepada Allah mesti dilakukan (jika ia berkaitan dengan hubungan antara manusia dengan Tuhannya) disusuli dengan memohon kemaafan daripada manusia (individu terbabit) iaitu sekiranya kesalahan atau dosa itu berkaitan berlaku sesama manusia seperti dosa berzina dengan isteri jiran iaitu si pelaku tersebut mesti meminta maaf di atas perbuatan terkutuknya di samping memohon keampunan yang bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.

Allah Tidak Mengendahkan

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Ada tiga golongan di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka, tidak membersihkan mereka daripada dosa,”- kata Muawiyah, “juga tidak akan memandang mereka (mengendahkan mereka), bahkan mereka akan mendapat siksa yang pedih iaitu: 1) Orang tua penzina; 2) Raja (penguasa) yang pembohong ; 3) si miskin yang sombong.”

(Muslim)



Huraian
Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas. Mereka tidak tahu mensyukuri nikmat pemberian Allah dan ada pula yang tidak sabar dengan ujian yang ditimpakan oleh Allah SWT. Nikmat kepanjangan usia contohnya, membuatkan manusia hidup bersenang-lenang melakukan berbagai maksiat tanpa berusaha menambahkan amal kebaikan selama tempoh hayatnya yang panjang itu. Bahkan tanpa segan silu masih bergelumang dengan dosa perzinaan. Begitu juga dengan pemimpin yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjalankan pemerintahan, tetapi dia mensia-siakan kepercayaan itu dengan melakukan berbagai penipuan dan pembohongan yang mengecewakan harapan rakyat. Termasuklah di sini, orang-orang miskin yang sombong yang juga dibenci oleh Allah di mana kemiskinan itu telah membuatkan dia lupa dengan akhirat, lupa dengan Allah, lupa dengan tujuan hidupnya dan lupa untuk beramal dan selalu disibukkan oleh usahanya mencari makan dan minum untuk menyambung hayatnya. Bahkan kerana miskin juga ada yang berlagak sombong dan menyisihkan diri daripada orang ramai tanpa mahu bergaul. Kerana kemiskinan juga banyak orang miskin yang terjerumus dalam kekafiran, dan ia rela menjual agamanya kerana tuntutan hidupnya sementara ia dijanjikan hidup yang baik dalam agama lain. Tiga golongan ini tidak akan dipedulikan oleh Allah dan bakal menerima azab di hari akhirat kelak.

Hakikat kebijaksanaan

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”

Riwayat at-Tirmidzi



Huraian
1. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di tangannya.
2. Manakala pemuda yang kuat beribadah adalah menunjukkan betapa di usia sebegini (muda) seseorang itu terpaka mengharungi berbagai cabaran dan godaan. Oleh itu bagi orang yang berjaya mendidik nafsunya dengan baik dia akan beruntung kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan maka seluruh usia mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa.
3. Orang yang berjinak dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan syurga oleh Allah kerana ia telah menjadi tetamu Allah dan mengimarahkan masjid (rumah) Allah dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka sentiasa dekat dengan Allah.
4. Sedangkan orang yang berkasih sayang kerana Allah merupakan mereka yang mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh Islam iaitu ikhlas dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan ingat-mengingatkan tentang kebaikan antara satu dengan yang lain.
5. Menolak daripada melakukan maksiat apalagi zina merupakan tanda kekuatan iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan syaitan yang menggoda. Oleh itu mereka yang berjaya melakukannya adalah orang yang teguh imannya, tidak mudah goyah untuk melakukan sebarang kejahatan.
6. Orang yang mencintai Allah S.W.T dengan hati yang ikhlas semestinya akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya.

Diam Tanda Setuju

Hadith :
Dari Ab Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda:”Seorang wanita janda, tidak boleh dikahwinkan tanpa bermesyuarat terlebih dahulu dengannya. Seorang gadis perawan tidak boleh dikahwinkan sebelum meminta izin kepadanya.” Para sahabat bertanya:”Bagaimana bentuk keizinan gadis itu?” Rasulullah menjawab:”Jika dia diam sahaja.”

(Bukhari)



Huraian
Tabi’inya seorang perempuan sangat memerlukan seorang lelaki yang boleh melindunginya dan menjaga kemaslahatannya. Oleh itu seorang gadis adalah orang yang lebih berhak dalam persoalan perkahwinannya dan seorang ayah atau wali kepada gadis tersebut tidak boleh meremehkan pendapatnya serta mengabaikan persetujuannya kerana bagaimana mungkin seorang lelaki itu disifatkan dapat melindungi isterinya jika dirinya sendiri tidak disukai oleh isterinya. Begitu juga seorang ayah tidak boleh memperlambat-lambatkan perkahwinan anak gadisnya jika sudah ternyata ia telah dipinang oleh seorang lelaki yang baik, beriman dan berakhlak mulia. Maka, setelah membuat perbincangan, wali si gadis hendaklah menentukan sama ada mahu menerima sesuatu pinangan atau tidak dan sekiranya gadis tersebut tidak tahu membuat keputusan, eloklah menyerahkan perkara itu kepada walinya kerana pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya sendiri di mana wali yang baik akan memilih lelaki yang baik juga untuk anaknya.

Tips rumahtangga bahagia

Kebetulan musim kahwin ni, elok kita cerita sikit tentang keluarga bahagia, ok tak? Tips ini adalah dari seorang mufti untuk kita kongsi bersama.
Di awal perkahwinan semuanya terasa indah. EQ kedua-dua pengantin masih di tahap yang tinggi lantaran masing-masing cuba bertoleransi dalam setiap situasi dan cuba untuk memahami dan mengenali pasangan dengan lebih baik lagi.
Namun, masalah akan muncul bila sikap sebenar mula timbul. Orang putih kata, that’s the true colour. Ego, pemarah, panas baran, tak sabar, pemalas, kedekut, pengotor, dan segala macam sikap mazmumah lagi.
Jadi tips untuk kekalkan kebahagiaan rumahtangga ialah:
  1. Sentiasa bersyukur
    Banyakkan bersyukur pada Allah dan terima pasangan kita seadanya. Bukankah Allah pernah berjanji pada hamba-Nya, jikalau kamu bersyukur akan Aku tambah nikmat-Ku.
  2. Kawal emosi dan bermujahadah
    Bersabarlah, jangan sakiti hati pasangan dan jangan berdendam, kerana walaupun semasa bergaduh rasa menang tetapi hakikatnya dua-dua kalah (rugi). Rumahtangga yang menjadi mangsa. Zip mulut dengan memperbanyakkan zikir, baca quran dan jangan buang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan. Sentiasa baik sangka dengan pasangan.
  3. Muhasabah diri
    Selalu minta ampun dengan Allah kerana kita hamba-Nya yang lemah tak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Kenali hati budi pasangan, jadilah orang yang suka memaafkan dan meminta maaf. (indah bukan?) Jangan rasa rugi atau malu jika kita (terutama suami) meminta maaf terlebih dahulu.
Akhir kata, sesungguhnya kasih sayang yang berasaskan keimanan lebih berharga dari harta benda, rupa paras dan nafsu syahwat (yang tidak kekal).
Wallahualam.

Menjauhi Riya’ Dan Mengutamakan Keikhlasan

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.”

Riwayat Ibnu Majah



Huraian
1. Di antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika kejahatannya disembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-mata kerana mahukan keredhaan daripada Allah S.W.T.
2. Sebaliknya riya’ pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan diri daripada amalan yang dilakukan di dunia sama ada untuk mendapatkan pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik (syirik khafi).
3. Perbuatan riya’ (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak, mesti dizahirkan seperti solat berjamaah, berpuasa dan yang seumpama dengannya.
4. Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik. Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya itu di sisi Allah S.W.T, sekalipun ia terpuji di mata manusia.

Menjauhi Tujuh Dosa Besar

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

Riwayat Muslim



Huraian
1. Terdapat tujuh dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:

i. Syirik kepada Allah- iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain seperti mempercayai perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan dan sebagainya.
ii. Sihir
iii. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau menegakkan hukum Allah (menjalankan hukuman keadilan)
iv. Memakan harta anak yatim
v. Memakan riba
vi. Lari dari medan pertempuran
vii. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina.

2. Setiap mukmin hendaklah berusaha agar bebas dan selamat daripada melanggar hak saudaranya apalagi hak anak-anak yatim yang diamanahkan untuk dijaga dengan baik. Seseorang yang telah menghkianati amanah tersebut hendaklah ia mengembalikannya atau meminta untuk dihalalkan.
3. Orang yang telah melakukan dosa hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha dan meminta ampun kepada Allah kerana pintu taubat sentiasa terbuka sampai terbitnya matahari dari barat.

Kasih Sayang Dan Kebencian Allah Mengatasi Segalanya

Hadith :
Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)

Riwayat al-Bukhari dan Muslim



Huraian
1. Doa adalah mustajab bagi orang mukmin oleh itu hendaklah berdoa kepada Allah dengan menyerahkan diri dengan penuh keimanan dan bertawakal kepadanya serta memuji sifat-sifatnya.
2. Setiap hamba Allah hendaklah meletakkan sepenuh harapan kepadanya supaya diterima doanya.

Allah Melaknat Orang Yang Makan Riba

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.”





Huraian
i) Mencari rezeki merupakan sebahagian daripada ibadah. Begitu juga sebaliknya. Agihan kekayaan yang tidak seimbang akan menjadi punca terjadinya segala jenayah berbentuk korupsi.
ii) Di antara rezeki yang haram menurut pandangan Islam ialah rasuah, makan harta anak yatim tanpa hak, mencari rezeki dengan meminta-minta, riba, perdagangan benda yang memabukkan, perjudian, penipuan dalam timbangan, menjual barang rosak dan barang tiruan.
iii) Riba yang dari segi istilah bermaksud ‘az ziadah’ (tambahan) iaitu tambahan di atas modal sama ada sedikit atau pun banyak (beban bunga) di mana ia adalah termasuk salah satu daripada dosa-dosa besar kerana ia merupakan pemerasan orang kaya terhadap orang miskin yang membuatkan orang kaya menjadi bertambah kaya dan orang miskin menjadi bertambah melarat.
iv) Pemakan riba akan mendapat hukuman yang berat sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud :“Orang memakan riba atau mengambilnya, ia tidak dapat berdiri (hidup) melainkan keadaan seperti orang yang dirasuk syaitan atau macam orang gila (kehilangan akal)” al-Baqarah : 275) Dalam surah dan ayat yang sama juga selanjutnya Allah berfirman bahawa orang yang mengulangi memakan riba setelah ia mengetahui hukumnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka dan kekal di dalamnya.
v) Semasa peristiwa Isra' dan Mikraj, Rasulullah s.a.w telah ditunjukkan bagaimana seorang yang berenang dalam sungai darah. Setiap kali orang berkenaan menghampiri tebing, dia telah dilontar dengan batu. Penjelasan yang diberikan oleh malaikat ialah orang ini sewaktu di dunia adalah pemakan riba.
vi) Sistem riba adalah sistem yang buruk dari segi ekonomi. Oleh itu untuk menghindari dari kemungkinan terlibat ke dalam riba yang dilarang oleh Islam, (walaupun batas-batas yang dianggap riba masih diperselisihkan di kalangan para ulama) jalan yang paling selamat adalah melakukan muamalah berdasarkan ajaran lslam sama ada secara mudharabah, musyarakah, murabahah atau wadi'ah.
vii) Riba lawannya sedekah kerana sedekah merupakan kerelaan memberikan harta benda tanpa mengharapkan imbalan dan balasan. Sedangkan riba, ia menuntut kembali wang yang dipinjamkannya bersekali dengan bunganya yang dikaut daripada penat jerih orang yang meminjamnya.

Tatacara berkhutbah

Hadith :
Dikhabarkan dari Ibnu Umar r.a katanya:”Nabi s.a.w berkhutbah dengan berdiri. Kemudian baginda duduk dan setelah itu berdiri semula sebagaimana dilakukan orang sekarang ini.”

(al-Bukhari)



Huraian
Khutbah adalah medium utama bagi menyebar dan membentuk pemikiran ummah. Ia merupakan benteng kekuatan umat Islam dalam menghadapi cabaran sama ada dari dalam atau luar masyarakat Islam. Khatib yang berkesan mestilah mempunyai tahap kredibiliti yang tinggi. Begitu juga ia mestilah mempunyai karisma dan daya tarikan yang tersendiri. Ini adalah kerana setiap jemaah yang datang ke masjid sudah sedia membawa bersama mereka kepercayaan, sikap, nilai-nilai dan pengalaman hidup di mana khatib perlu memahami situasi ini. Sesungguhnya khutbah yang berkesan memerlukan kesungguhan di pihak khatib untuk meningkatkan karektor mereka, memahami sikap dan perubahan makmum serta mengadaptasikan mesej yang relevan kepada makmum seterusnya menjadikan khutbah itu sebagai platform yang menentukan survival Islam dan ummah seluruhnya.

Minta Izin Suami Untuk Ke Masjid

Hadith :
Musaddad menyampaikan kepada kami (katanya), daripada Yazid bin Zari’, daripada Ma’mar, daripada az-Zuhri, daripada Salim bin Abdullah, daripada bapanya, daripada nabi s.a.w bersabda baginda:”Apabila isteri seorang kamu meminta izin (ke masjid) maka janganlah ia menegahnya.”

(Bukhari)



Huraian
Wanita tidak diwajibkan bersolat jamaah di masjid. Sebaliknya wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadlilat (keutamaannya) lebih besar dibandingkan dengan solat berjamaah di masjid dengan alasan ianya lebih tertutup dan lebih aman daripada fitnah (kesempurnaan hijab). Jika kaum wanita mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar ke masjid) kerana berkeyakinan bahawa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya. Namun begitu tidak dinafikan juga bahawa para wanita diharuskan solat berjamaah di masjid. Bahkan harus bagi wali atau suami untuk tidak melarang mereka jika hendak solat berjemaah di masjid kerana Rasulullah s.a.w tidak mencegah sama sekali para wanita untuk solat berjamaah di masjid bersama baginda sampai masa kewafatannya. Demikian pula para khulafa’ ar-Rasyidin. Namun perlu diingat bahawa keizinan itu hendaklah bergantung kepada syarat-syaratnya seperti:
tidak memakai wangi-wangian, tidak bertabarruj, tidak memakai gelang kaki yang dapat didengari bunyinya, tidak memakai baju yang menarik pandangan orang,
tidak bercampur dengan kaum lelaki sehingga boleh menimbulkan fitnah
dan tidak terdapat sesuatu yang dapat menimbulkan kesesakan di jalan yang akan dilewati. Oleh itu bagi wanita yang mahu mengerjakan solat berjamaah di masjid wajib mematuhi syarat-syarat tersebut kerana semua perkara yang disebutkan tadi mengandungi unsur penggerak dan pengundang syahwat kaum lelaki jika tidak dipatuhi.

Riddah

Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Bahawa rasulullah S.A.W bersabda:”Sesiapa yang menukar agama Islamnya maka hendaklah kamu membunuhnya.”

(Jamaah kecuali Muslim)



Huraian
1. Setiap muslim wajib menjaga imannya dari sebarang i’tiqad, perkataan atau perbuatan yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam.
2. Riddah maksudnya berbalik menjadi kafir setelah beragama Islam dan orang yang melakukannya dinamakan murtad. Perbuatan ini adalah sekeji-keji kufur kerana orang yang murtad berlainan hukumnya daripada orang-orang kafir lainnya pada beberapa perkara tertentu.
3. Untuk itu orang murtad tidak harus dibiarkan dalam keadaan ‘riddahnya’ melainkan pihak yang berkuasa hendaklah menyuruhnya kembali bertaubat dan memeluk Islam. Jika ia enggan, hendaklah dikenakan hukuman bunuh.
4. Hukuman tersebut sekali-kali tidak bertentangan dengan ‘dasar kebebasan beragama’ atau dasar ‘tidak ada paksaan dalam agama’ sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran kerana ia tidak tidak ada kaitan langsung dengan persoalan murtad.
5. Sedangkan maksud ‘tidak ada paksaan dalam agama’ itu ertinya ialah bahawa orang-orang Islam tidak boleh sama sekali memaksa orang-orang kafir memeluk Islam kerana hakikat iman serta kesudahannya yang baik dan hakikat kufur serta akibatnya yang buruk terserah kepada manusia memilihnya setelah disebarkan dakwah islamiyah kepada mereka.
6. Manakala murtad pula bermakna seseorang itu telah melakukan jenayah yang menghina Islam dan itu merupakan contoh yang buruk bagi orang lain yang mungkin akan terpengaruh dengan dakyahnya. Hal ini tentunya akan menimbulkan fitnah kepada Islam.

Elakkan Seperti Orang Nasrani Memuji Anak Maryam

Hadith :
Dari Umar r.a katanya:”Saya mendengar Nabi s.a.w bersabda:” Janganlah kamu memuji (memuliakan) saya berlebihan sebagaimana orang Nasrani memuji (memuliakan) anak Maryam. Saya hanya hamba Allah. Maka katakanlah:”Hamba Allah dan Rasul-Nya.”

(Bukhari)



Huraian

Umat Islam menolak ajaran Nasrani yang menyatakan fahaman Triniti (iaitu yang menyatakan Isa adalah anak Tuhan) sedangkan dalam al-Quran Allah telah berfirman yang maksudnya "Wahai Ahli Kitab, Janganlah kamu melampaui batas dalam agama dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya al-Masih, Isa anak Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan kalimat-Nya) yang disampaikannya kepada Maryam dan (dengan tiupan ) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Dan janganlah kamu mengatakan :"Tuhan itu tiga", berhentilah dari ucapan itu. Itu lebih baik bagi kamu. sesungguhnya Allah Tuhan yang maha Esa. Maha suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya.Cukuplah Allah sebagai Pemelihara".(an-Nisa’ :171) Maksud ayat ini adalah kita dilarang daripada mengatakan Nabi Isa itu anak Allah sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang Nasrani. Dalam erti kata lain kita dilarang sama sekali memuji atau memuliakan sesuatu makhluk atau apa pun sehingga menjadi setaraf dengan zat Allah padahal Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. Sifat Allah tidak menyerupai sesuatu apa pun!

Letak Penghadang Ketika Solat

Hadith :
Dari Musa bin Talhah r.a, dari bapanya katanya:”kami solat sedangkan haiwan-haiwan lalu lintas di hadapan kami. Maka hal itu kami tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. sabda baginda:”Letakkanlah semacam pancang (batas) di hadapanmu, maka apa yang lewat di balim pancang itu tidak akan mengganggu solatmu.”

(Muslim)



Huraian

DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapan kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya HARAM.

Mati Dengan Mata Terbeliak

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas?” Jawab mereka, “Ya kami melihatnya, ya Rasulullah.” Sabda baginda lagi:”Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi.”

(Muslim)



Huraian
Kehidupan yang singkat di dunia ini amat penting dalam menentukan kehidupan yang panjang di akhirat kelak. Manusia, selain tidak mengetahui hari kematiannya, mereka juga tidak mengetahui nasib akhirnya sama ada mati dalam keadaan “husnul khatimah” atau “su’ul khatimah”, sekalipun amal ibadat dirasakan semakin bertambah. Rasulullah SAW sendiri telah bersabda yang maksudnya:”Dan Dialah Tuhan dan tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dia dengan syurga itu hanya sehasta. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia masuk ke dalam neraka. Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dia dengan neraka itu sehasta sahaja. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia masuk ke dalam syurga.” (Bukhari). Hadith ini memperingatkan kita bahawa tidak ada manusia yang dapat menjamin kesudahan yang baik bagi dirinya. Namun begitu dalam meniti saat-saat kematian, adakalanya Allah SWT menunjukkan kepada hambaNya tanda-tanda baik ("Husnul Khatimah") atau tanda-tanda buruk (“su’ul khatimah”) dalam mengakhiri ajal seseorang. Sebab itulah kita diseru agar sentiasa berhati-hati supaya tidak terjerumus dengan godaan syaitan yang menggoda tidak kira masa sama ada ketika masih hidup di dunia atau semasa menghadapi sakaratul maut. Sesungguhnya mengingati dan menghayati erti kematian adalah satu motivasi diri yang terbaik supaya diri kita menjadi lebih insaf dan tidak leka dengan keindahan dunia yang hanya sementara ini.

Jangan membangga Diri

Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.

Riwayat Muslim



Huraian
1. Islam menuntut umatnya beramal dengan sifat tawadduk dan hormat menghormati sesama Islam dengan demikian akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang harmoni.
2. Kedudukan orang Islam disisi Allah adalah sama sahaja tarafnya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhkan sifat-sifat keji seperti membesar diri, bermegah dan sebagainya.
3. Islam melarang umatnya bersifat bangga diri, kerana mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, tetapi hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain dan jangan merendahkan orang lain, kerana semulia mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

Pemimpin Silih Berganti

Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Kaum Bani Israel biasanya dipimpin oleh para nabi. Setiap kali meninggalnya seorang nabi akan diganti pula oleh seorang nabi yang berikutnya. Sesungguhnya tiada nabi sesudahku. Ada beberapa orang pemerintah sebagai penggantiku dan banyaklah bilangan mereka itu,” Baginda bersabda,“ Lakukanlah baiah yang pertama, dan hendaklah patuh kepada pemerintahan mereka. Kamu juga hendaklah memerangi mereka yang menentang mereka, dan mohonlah kepada Allah apa-apa yang menjadi hak bagimu, Allah akan bertanya kepada khalifah-khalifah itu mengenai cara mereka mentadbir pemerintahan mereka”.

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim



Huraian

1. Allah tidak akan membiarkan umatnya hidup di dunia tanpa bimbingan daripada para nabi dan rasul.
2. Nabi-nabi dibangkitkan mengikut giliran yang ditetapkan oleh Allah kepada kaum-kaum yang tertentu.
3. Nabi Muhammad merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir yang diutuskan untuk seluruh umat.
4. Umat Islam hendaklah taat dan setia kepada pemerintah yang dilantik selagi pemerintahan itu tidak bertentangan dengan syiar Islam.

Bukan Salah Ibu Mengandung !

Hadith :
Dari jabir r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:”Perumpamaanku dengan kamu sekelian ialah bagaikan seorang yang menyalakan api. Maka serangga-serangga berterbangan menjatuhkan diri ke dalam api itu. Padahal orang tersebut telah berusaha menghalaunya. Dan aku telah mencegah kamu semua agar tidak jatuh ke dalam api tetapi kamu meloloskan (melepaskan) diri dari tanganku.”

(Muslim)



Huraian
Rasulullah s.a.w telah ditugaskan membawa petunjuk daripada Allah S.W.T dan kita selaku umatnya hendaklah menurut segala ajaran yang telah disampaikan itu kerana itulah satu-satunya jaminan kita akan terlepas daripada azab Allah di akhirat kelak dan juga mendapat keselamatan hidup di dunia. Sesungguhnya tiada jaminan yang lebih besar selain daripada mendapat perlindungan daripada Allah yang Maha Berkuasa. Meskipun dikatakan bahawa manusia itu tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa namun tentu ada caranya agar kita tidak terus bergelumang dengan perkara-perkara tersebut iaitu dengan sesegera mungkin kembali kepada kebenaran dan meninggalkan kebiasaan buruk sebelumnya. disertai dengan meminta keampunan dari Allah dan bertaubat. Oleh itu setiap manusia itu wajib menggunakan akal fikirannya untuk menilai manakah yang baik dan manakah yang buruk dan sentiasa memohon hidayah daripada-Nya agar ditetapkan hati dan jiwa mereka di atas jalan kebenaran kerana hidayah itu hanya akan singgah pada hati yang sentiasa mencarinya.

Hukum Memakai Sutera Dan Emas

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah memakai sutera dan emas."

Riwayat Ahmad dan Al-Hakim



Huraian
1. Emas dan sutera adalah perhiasan yang dipakaikan kepada penghuni syurga di hari akhirat kelak. Oleh itu Islam telah mengharamkannya kepada lelaki daripada memakainya ketika di dunia. Lain pula halnya bagi wanita di mana mereka diharuskan (halal) berbuat demikian.
2. Memakai cincin perak pula hukumnya halal terhadap kaum lelaki bahkan Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin perak.
3. Tetapi dalam pemakaian kain sutera terdapat keringinan (rukhshah) iaitu apabila ada suatu keperluan yang berhubung dengan masalah kesihatan, sebagaimana Rasulullah pernah mengizinkan Abdur-Rahman bin 'Auf dan az-Zubair bin Awwam untuk memakai sutera kerana masalah sulit di badannya.
4. Antara hikmah Islam melarang penggunaan emas dan sutera tersebut adalah untuk menghindari dua hal yang merugikan iaitu pemborosan dan sikap bermewah-mewahan. Tambahan pula adalah amat tidak manis (tidak sesuai) bagi lelaki berhias sebagaimana wanita berhias apalagi Islam melarang lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.

Pengecualian Sutera

Hadith :
Dari Anas r.a nabi s.a.w memberi kelonggaran kepada Abdur Rahman bin Auf dan Zubair untuk memakai baju sutera kerana keduanya terkena penyakit gatal (kudis).”

(Bukhari)



Huraian
Pada masa ini, ramai berpakaian bagi melambangkan personaliti selain melindungi tubuh daripada cuaca panas atau sejuk. Oleh kerana masa atau zaman berubah begitu pantas, maka rekaan dan corak pakaian pun sentiasa bertukar dan semakin canggih. Oleh itu, tidak hairan jika hari ini lahir pelbagai jenis rekaan pakaian yang tidak lagi mementingkan aspek akhlak dan moral. Islam sebenarnya tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian tertentu untuk dipakai, baik ketika beribadah atau luar ibadah. Islam menetapkan pakaian itu mestilah menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim. Pakaian lelaki contohnya mestilah berbeza daripada pakaian wanita. Maksudnya, pakaian yang khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah mengingatkan hal ini dengan keras menerusi sabdanya bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan. " (Bukhari dan Muslim). Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Abu Daud dan al-Hakim). Pakaian lelaki juga tidak boleh diperbuat daripada sutera kecuali mereka yang mempunyai sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq 'alaih)

Beramal Dengan surah Al-kahfi

Hadith :
Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.”

al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi



Huraian
Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat.

Kebaikan Membanyakkan Selawat

Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."

Abu Umamah r.a



Huraian
Pengajaran hadith:
i) Setiap manusia diberikan dua malaikat. Setiap satu berada di kanan dan di kiri bagi menulis segala amal yang dilakukan.
Ii) Malaikat yang berada di sebelah kanan bertugas mencatat amal kebaikan serta menjadi ketua kepada yang di sebelah kiri di mana yang berada di sebelah kiri bertugas mencatat amal yang jahat.
Iii) Disebabkan luasnya rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T terhadap hamba-Nya maka setiap satu kebaikan ditulis oleh malaikat dengan sepuluh kebajikan. Sebaliknya bagi setiap amal yang jahat ditulis dengan satu kejahatan sahaja.
iv) Setiap kejahatan tidak terus dicatat dosanya melainkan setelah diberi tempoh enam atau tujuh jam (dengan arahan malaikat yang di sebelah kanan). Sekiranya manusia itu beristighfar dan sempat bertaubat dalam tempoh waktu tersebut maka kejahatan itu tidak akan ditulis dalam daftar amalnya.

Pemberi Hutang Berhak Menagih Hutangnya

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Sesorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah s.a.w lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu para sahabat tidak senang terhadap orang tersebut. Maka bersabda nabi s.a.w,:”Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!”. Berkata para sahabat:”Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya.”Sabda baginda:”Belilah, kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.”

(Muslim)



Huraian
Pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Perkara ini dijelaskan menerusi hadith daripada Uqbah bin 'Amir yang bermaksud: “Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya.” Mereka berkata: “Apa itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Hutang.” Oleh itu Rasulullah mengajarkan kita sepotong doa yang bermaksud: “Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada kesempitan hutang dan penindasan orang.” Maka dengan itu orang yang telah berhutang hendaklah menjelaskan hutangnya kerana Allah mengetahui apa yang mereka lakukan. Membayar balik hutang sesungguhnya adalah sesuatu yang wajib dilakukan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris. Bukan itu sahaja Islam juga menjanjikan bahawa jika seseorang itu berhutang dengan niat untuk membayar, insya-Allah, Allah akan memudahkan ia membayarnya. Sebaliknya, jika berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya sepertimana dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya." Maksud ‘Allah akan membayarkan’ di sini adalah Allah akan memudahkan rezeki seseorang itu agar dia dapat membayar hutangnya dan begitulah jika sebaliknya.

Bunuh Diri

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Sesiapa yang membunuh diri dengan mencekik lehernya, maka dia akan mencekiknya pula nanti di neraka. Dan sesiapa yang menikam dirinya, maka dia akan menikamnya pula nanti di neraka.”

(al-Bukhari)



Huraian
Kematian akan mendatangi sesiapa sahaja apabila sampai saatnya yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Dari itu kita dilarang mendahului takdir dengan melakukan perbuatan yang dikutuk iaitu membunuh diri sendiri. Hal demikian ini menggambarkan bahawa seseorang itu sudah berputus asa daripada rahmat Allah sedangkan Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya perbuatan membunuh diri bukanlah jalan penyelesai masalah kerana kematian hanyalah satu kerehatan sementara sedangkan di akhirat kelak kita akan diadili dan bakal menerima hukuman daripada Allah. Maka amat rugilah sekiranya seseorang itu cepat berputus asa dengan masalah hidupnya serta membunuh dirinya kerana jelas sekali membunuh diri sendiri samalah seperti menzalimi diri sendiri.

Larangan berkhalwat

Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.”

(at-Tirmidzi)



Huraian
1. Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya.
2. Khalwat yang diharuskan oleh Islam adalah khalwat dalam ertikata ‘mengasingkan diri daripada orang ramai untuk tujuan beribadah kepada Allah S.W.T’ sepertimana yang berlaku pada Rasulullah s.a.w. yang berkhalwat di Gua Hira’. Baginda menjauhkan diri daripada masyarakat jahiliyah untuk melakukan ibadah kepada Allah.
3. Syaitan merupakan makhluk yang bijak. Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.