Banyakkan Bersabar


Hadith :
Daripada Anas r.a. katanya, “ Aku berjalan bersama- sama Rasulullah s.a.w. Baginda memakai selendang kasar tepinya buatan Najran. Baginda bertemu dengan seorang Arab badwi lalu direntapnya selendang baginda dengan rentapan yang kasar sehingga aku melihat kesan di tengkuk baginda akibat rentapan yang kasar itu. Kemudian orang arab itu berkata: “Wahai Muhammad perintahkanlah supaya diberikan kepadaku daripada harta Allah apa yang ada pada kamu,” Maka rasulullah s.a.w berpaling kepadanya sambil ketawa. Kemudian baginda memerintahkan supaya diberikan sedekah kepadanya”.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim



Huraian
1.Rasulullah s.a.w adalah seorang yang pemaaf dan tidak suka membalas dendam serta tidak mudah marah.
2.Umat Islam hendaklah mencontohi sifat-sifat mulia tersebut kerana sifat-sifat ini mempunyai nilai-nilai kebaikan yang amat tinggi yang akan menimbulkan kesedaran kepada orang lain yang menerimanya.
3.Islam menggalakkan umatnya supaya bertindak dengan cara yang bijaksana apabila berhadapan dengan golongan yang jahil dan hendaklah menunjukkan sikap yang lemah lembut agar dapat menarik hati mereka kepada Islam.

Bakhil Meskipun Kaya


Hadith :
Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya: ”Bersabda Rasulullah s.a.w. “ Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong).” Berkata seorang laki-laki: “Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.”

(Muslim)



Huraian
Sekiranya hasil daripada kekayaan, manusia menjadi sombong, takbur dan riak terhadap apa yang dimilikinya, asas kebahagiaan hidup itu sebenarnya tidak bererti lagi buatnya. Sesungguhnya apa jua kurniaan Allah SWT perlu dimanfaatkan dengan betul. Sekiranya Allah bersikap pemurah kepada hamba dan makhluk-Nya bagaimana pula kepemurahan kita sesama manusia? Allah SWT menyarankan agar setiap nikmat diterima dengan kesyukuran dan disalurkan kepada perkara yang baik berupa kebajikan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain seperti dalam urusan jual beli, berzakat fitrah dan bersedekah. Iaitu bukan dengan cara menunjuk-nunjuk kekayaan tersebut yang menimbulkan perasaan iri hati orang yang melihatnya. Sifat menolak dan tidak menghargai orang lain juga menunjukkan sifat seorang yang riak dan takbur. Sifat ini hanya dapat disingkirkan jika kita membiasakan diri menjalani hidup secara sederhana atau sekurang-kurangnya jika kita kaya, kita bersifat pemurah (tidak sombong dan kedekut). Natijahnya kewujudan kita dalam masyarakat sekeliling akan dipandang tinggi dan mereka akan menghormati bukan kewujudan kita dibenci disebabkan kebakhilan kita yang juga suka menunjuk-nunjuk.

Lima Nama Rasulullah


Hadith :
Dari Jubair bin Muth’in, katanya:”Aku mempunyai lima nama. Aku Muhammad (dipuji), aku Ahmad (amat terpuji), aku Mahi (penghapus) yang Tuhan menghapuskan kekafiran dengan usahaku, aku Hasyir (pengumpul) di mana dikumpulkan manusia di belakangku dan aku ‘Aqib (penghabisan).”

(Bukhari)



Huraian
Siapa yang tidak kenal nama Muhammad? Jika pertanyaan: “Siapakah Muhammad itu” ditujukan kepada seorang muslim, tentu mereka sangat mengenalinya. Muhammad adalah purnama. Cahayanya di atas cahaya. Begitu syair pujian untuk dirinya. Sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atas, terdapat banyak nama-nama yang diberikan kepada rasulullah dan sebagai seorang Islam kita wajib berselawat pada tiap-tiap kali menyebut, menulis atau mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w., atau ganti namanya atau pun pangkat kenabiannya juga pangkat kerasulannya. Pendapat ini ialah pendapat sebahagian besar daripada penyokong-penyokong Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali, mereka berpendapat bahawa sesiapa yang tidak berselawat pada masa-masa yang tersebut maka ia telah melakukan dosa besar kerana banyak hadith yang menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w., telah memberi amaran menyatakan bahawa sesiapa yang tidak berselawat kepada Baginda s.a.w., pada masa disebutkan nama atau ganti nama Baginda s.a.w. maka dialah sebakhil-bakhil manusia, dialah yang mendapat kehinaan yang memalukan dan memuramkan mukanya, dialah yang beroleh kepayahan dan kesusahan, dialah yang jauh dari rahmat Allah dan dialah yang akan masuk ke dalam neraka sekiranya tidak diampunkan dosanya meninggalkan berselawat itu, (sebagaimana yang tersebut dalam hadis Abu Zar al-Ghifari, yang diriwayatkan oleh Ibn Abu Asim; Hadis Abu Hurairah riwayat Tirmizi dan al-Hakim; riwayat at-Tabari dan Bukhari pada al-Adab al-Mufrad; Hadis Abu Hurairah riwayat Ibn Hibban dan al-Bukhari pada al-Adab al-Mufrad dan hadis Abdullah bin Jarad riwayat ad-Dailami).

Imam Mahadi Pembawa Rahmat


Hadith :
Rasulullah s.a.w telah menyebut satu bala bencana akan menimpa umat ini sehingga seseorang tak dapat tempat untuk berlindung daripada kezaliman; maka Allah Taala lahirkan seorang dari keturunanku dan ahli rumahku, serta Tuhan penuhkan bumi dengan kejujuran dan keadilan disebabkan pemerintahannya, sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; penduduk langit dan bumi puas hati dengan pemerintahannya; langit pula tidak meninggalkan sedikit pun dari hujannya melainkan dicurahkannya dengan lebat, dan bumi juga tidak meninggalkan dari tumbuh-tumbuhannya melainkan dikeluarkan dengan sebanyak-banyaknya, sehingga orang yang hidup suka kalau orang-orang matinya hidup semula (supaya mereka dapat menikmati kemakmuran itu bersama); Mahadi itu akan hidup dalam keadaan yang tersebut selama tujuh atau lapan, atau pun sembilan tahun."

Abu Sa'id Al-Khudri r.a



Huraian
Rasulullah s.a.w telah menyebut satu bala bencana akan menimpa umat ini sehingga seseorang tak dapat tempat untuk berlindung daripada kezaliman; maka Allah Taala lahirkan seorang dari keturunanku dan ahli rumahku, serta Tuhan penuhkan bumi dengan kejujuran dan keadilan disebabkan pemerintahannya, sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; penduduk langit dan bumi puas hati dengan pemerintahannya; langit pula tidak meninggalkan sedikit pun dari hujannya melainkan dicurahkannya dengan lebat, dan bumi juga tidak meninggalkan dari tumbuh-tumbuhannya melainkan dikeluarkan dengan sebanyak-banyaknya, sehingga orang yang hidup suka kalau orang-orang matinya hidup semula (supaya mereka dapat menikmati kemakmuran itu bersama); Mahadi itu akan hidup dalam keadaan yang tersebut selama tujuh atau lapan, atau pun sembilan tahun."

“kasi” Vs “kahwin”


Hadith :
Dari Sa’ad bin Abi Waqas r.a katanya:”Rasulullah SAW pernah melarang ‘Usman bin Mazh’un untuk membujang selamanya kerana semata-mata hendak melakukan ibadah kepada Allah. Andaikan Rasulullah SAW mengizinkan tentunya kami sudah mengebiri (mengkasikan) diri kami.”

(Muslim)



Huraian
Dewasa ini banyak sekali timbul gaya hidup baru yang tidak Islamik. Antaranya ialah mengelak daripada berkahwin hingga mendapat gelaran andartu (bagi wanita) ataupun gelaran bujang terlajak (bagi lelaki). Tetapi jika diteliti sebenarnya banyak faktor yang membuatkan seseorang itu terperangkap dalam situasi ini. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka tidak berkahwin. Katanya; ’Mahu kahwin tapi tiada jodoh’ atau ‘mahu kahwin tetapi tidak mampu kerana hantaran terlalu mahal’ atau ‘takut hendak berkahwin bimbang didera atau dianiaya’. Ini merupakan antara jawapan yang dikemukakan apabila isu ini ditimbulkan kepada mereka yang berkenaan. Hakikatnya masyarakat sekarang ada yang menganggap bahawa perkahwinan itu adalah semata-mata hanya untuk tujuan seks semata. Justeru ramai yang memilih jalan salah untuk melepaskan nafsu syahwat tanpa memilih jalan perkahwinan yang halal. Akibatnya timbullah pelbagai penyakit sosial seperti zina, lesbian dan homoseks yang menghalalkan perhubungan seks secara bebas. Bukan sahaja golongan dewasa yang terlibat bahkan penyakit ini sudah menular pula kepada anak-anak remaja hingga lahirnya gelaran bohsia dan bohjan. Kemunculan bahan-bahan lucah di sana sini pula makin membiakkan lagi virus ini yang ternyata amat menggerunkan. Apa nak jadi dengan keadaan masyarakat kita sekarang? Pada zaman Rasulullah SAW, perkahwinan mahu dielak kerana bimbang akan menjejaskan masa untuk beramal ibadah hingga timbul keinginan untuk mengkasikan diri sendiri agar nafsu syahwat dapat dikekang selamanya. Namun hal ini dilarang dan sebaliknya Rasulullah SAW telah memberikan berbagai panduan supaya umatnya terhindar daripada perangkap nafsu yang menjadi senjata utama syaitan dalam merosakkan manusia. Justeru, sama ada berkahwin ataupun tidak, apa yang penting ialah kehidupan ini harus berjalan selari dengan kehendak syariat kerana kebahagiaan yang sebenar bukan bertunjangkan nafsu tetapi keimanan yang jitu!

Ihsan majikan


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila hamba sahayamu membuatkan makanan bagimu, kemudian makanan itu dibawanya ke hadapanmu dalam keadaan panas dan berasap, suruhlah ia duduk dan makanlah bersama-sama dengannya. Jika makanan itu hanya sedikit, letakkan di tangannya sesuap atau dua suap.”

(Muslim)



Huraian
Layanan terhadap orang gaji atau pekerja bawahan dilakukan dengan membayar gajinya sebelum keringatnya kering, tidak membebaninya dengan sesuatu yang ia tidak sanggup dilakukannya, menjaga kehormatannya dan menghargai kebaikannya. Dia juga hendaklah ia diberi makan dari apa yang kita makan dan diberi pakaian sebagaimana yang diperlukan. Manakala hadith di atas memberikan kita pengajaran bahawa dalam diri seorang majikan itu juga tidak sepatutnya ada sifat angkuh dan sombong kerana dua sifat ini sangat dibenci oleh Allah SWT. Pernah diriwayatkan bahawa pada suatu hari, Umar bin Abdul Aziz berkata kepada hamba sahaya perempuannya, “Kipaslah aku sampai aku tertidur.” Lalu, hambanya pun mengipasnya hingga ia tertidur. Kerana sangat mengantuk, hamba itu juga tertidur. Ketika Umar bangun, beliau mengambil kipas tadi dan mengipas hamba sahayanya. Ketika hamba sahaya itu terbangun, maka ia pun terkejut mendapati tuannya melakukan hal tersebut. Umar kemudian berkata, “Engkau adalah manusia biasa seperti diri ku dan berhak mendapat kebaikan seperti halnya aku, maka aku pun melakukan hal ini kepada mu, sebagaimana engkau melakukannya pada ku”. Demikianlah contoh yang harus ada bagi seorang majikan yang berhati mulia dan bertimbang rasa.

Bid’ah


Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Siapa yang mengamalkan suatu amal (ibadat) yang tidak pernah kami lakukan maka amalnya itu ditolak.”

(Muslim)



Huraian
Bid’ah adalah sesuatu yang dibawa ke dalam agama yang tidak mempunyai asas sama sekali sama ada dari al-Quran mahupun as-Sunnah. Bid’ah adalah sesuatu yang dianggap sebagai sebahagian daripada ajaran agama dan Syari'ah sedangkan ia tidak benar sama sekali. Kewujudan bid’ah tidak lain hanya membawa masuk buah fikiran dan ideologi baru ke dalam agama dengan tujuan untuk merosakkan agama Islam. Antara sebab yang membawa terjadinya bid’ah adalah jahil tentang hukum agama dan sumber-sumbernya, mengikuti hawa nafsu dalam masalah hukum, fanatik buta terhadap pemikiran orang-orang tertentu, ghuluw (berlebih-lebihan) dan tasyabbuh (meniru) orang-orang kafir dan musyrik. Justeru jika seseorang itu telah yakin bahawa syariat Islam telah sempurna, tentunya dia tidak akan mengadakan sesuatu yang baru, apatah lagi untuk mengubahnya. Sebaliknya orang yang mengatakan bahawa syariat perlu diubah dan membuat sesuatu yang baru ternyata dia telah tersesat dari jalan yang lurus.

Orang Gaji Dan Majikan


Hadith :
Dari Jarir r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:”Apabila seseorang hamba sahaya lari dari majikannya, lepaslah tanggungjawab majikan daripadanya.”

(Muslim)



Huraian
Setiap majikan hendaklah melayan orang gaji atau pembantu rumah mereka sewajarnya dan mengelak berlakunya penderaan dan penganiayaan. Sebaliknya jika seseorang majikan itu tidak membayar gaji pekerjanya atau melayannya dengan teruk maka majikan berkenaan sewajarnya dikenakan tindakan undang-undang kerana adalah menjadi tangunggajawab kepada majikan menjaga kebajikan pekerjanya jauh sekali tidak boleh menzaliminya. Mungkin inilah juga antara sebab mengapa ramai dari kalangan pembantu rumah yang melarikan diri kerana sering dilayan seperti binatang! Namun begitu berlaku juga pembantu rumah yang lari bukan berpunca daripada majikan. Mereka terpengaruh dengan rakan-rakan, mengikut kekasih hati, ingin bebas daripada agensi sebagainya. Ini sangat tidak adil kerana majikan akan menanggung banyak masalah selain terpaksa menanggung kerugian sewaktu membuat pelbagai bayaran sebagai kos permulaan mendapatkan khidmat orang gaji sehingga ada kalanya terpaksa bergolok bergadai, berhutang dan sebagainya. Justeru sama ada majikan mahupun orang gaji mereka sepatutnya tidak melepaskan diri daripada tanggungjawab masing-masing memandangkan antara kedua belah pihak adalah saling memerlukan antara satu sama lain.

Usah Pentingkan Diri Sendiri


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).”

(Muslim)



Huraian
Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita bepegang pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban.

Keharusan Menziarahi Orang Kafir Yang Sakit


Hadith :
Anas r.a berkata:”Seorang anak Yahudi yang berkhidmat dengan nabi s.a.w telah jatuh sakit, maka baginda s.a.w telah datang melawatnya. Baginda duduk di sisi kepala serta berkata kepada anak itu:”Terimalah Islam (iaitu masuklah kamu ke dalam agama Islam)”. Anak itu melihat kepada bapanya yang berada di sisinya, lalu bapanya itu berkata kepadanya:”Patuhlah kepada seruan Abu al-Qasim ini.“ (mendengar bapanya berkata demikian) dia terus menerima agama Islam (dengan mengucapkan dua kalimah syadahadah). Selepas itu nabi s.a.w keluar dari tempat itu lantas bersyukur kepada Allah dengan ucapan:”Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan dari api neraka.”

(Bukhari)



Huraian
Ulama’ telah membahagikan golongan kafir ini kepada empat golongan iaitu kafir harbi, kafir zimmi, kafir muahad dan kafir musta’min. Sama ada golongan kafir ini adalah terdiri dari kalangan saudara-mara, jiran atau mereka yang berminat dengan Islam, kita amat digalakkan menziarahi mereka semasa hidupnya lebih-lebih lagi ketika ia sedang sakit. Hal ini termasuk dalam lingkungan tanggungjawab sosial yang perlu diberi perhatian sebagai lambang syiar Islam selaku agama yang menyuruh umatnya mengamalkan kehidupan yang harmoni.

Mati Kerana Lemas


Hadith :
Adiy bin Abi Hatim r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila haiwan yang engkau panah jatuh di dalam air lalu tenggelam dan mati maka janganlah engkau memakannya.”

(HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)



Huraian
Binatang-binatang yang hendak dimakan hendaklah dipastikan halal termasuk cara ia dimatikan sama ada mati disembelih atau mati dipanah bukan mati kerana tertindih, dilanggar dan sebagainya. Hal ini kerana pada hari ini terdapat banyak keraguan dalam bab penyembelihan binatang. Contohnya ada ayam yang telah disembelih tetapi mati buka kerana sembelih tetapi kerana tertindih di dalam tong berisis ayam-ayam lain yang disembelih. Mati kerana ditindih atau lemas disahkan tidak halal sebagaimana yang disebutkan dalam hadith di atas.

Pemimpin Yang Adil Mendapat Kedudukan Tinggi Disisi Allah


Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka”.


Riwayat Muslim



Huraian
1. Allah akan memberikan tempat yang paling mulia bagi sesiapa yang berlaku adil semasa hidup di dunia sama ada di dalam urusan negara atau pun rumah tangga atau sesiapa yang berada di bawah tadbirannya.
2. Islam menuntut umatnya berlaku adil terhadap semua golongan manusia tanpa mengira umur, pangkat dan darjat bahkan melarang keras sebarang perbuatan zalim, penindasan dan pilih kasih.
3. Kepimpinan adalah satu tugas yang amat berat kerana seseorang itu bertanggungjawab kepada Allah dan manusia. Oleh itu sewajarnyalah ia tidak menjadi rebutan kecuali bagi orang yang benar-benar sanggup memikulnya.

Pendamping


Hadith :
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:”Tidak seorangpun di antara kamu melainkan telah ada jin yang ditugaskan pemimpinnya untuk selalu menggodanya:”Para sahabat bertanya:”Anda juga ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Ya. Aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaan mereka sehingga mereka yang menggodaku akhirnya Islam (menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruhku melainkan untuk kebaikan.”

(Muslim)



Huraian
Setiap manusia yang lahir disertakan 'qarin' oleh Allah yang bertugas sebagai 'penggoda' seseorang itu sejak seseorang itu lahir hinggalah saat kematiannya. Sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atas, Qarin adalah dari golongan jin. Ia sentiasa mengajak manusia yang didampingi ke arah kejahatan. Sedangkan sifat manusia itu lemah, mudah lupa menjadi penyebab terjerumusnya manusia ke lembah nista dan kemaksiatan akibat tergoda dengan hasutan qarin ini. Hanya Rasulullah s.a.w sahaja yang tidak dapat digoda oleh Qarin. Dalam al-quran. Allah SWT berfirman: "Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (al-quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi qarin (teman yang selalu menyertainya).(az-Zukhruf:36)

Memelihara Hubungan


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim



Huraian
Pengajaran hadis:
i) Islam mementingkan umat yang bersatu padu di mana setiap hubungan yang terjalin mestilah diperkuatkan dengan ikatan kasih-sayang, kepercayaan, belas kasihan dan menjauhi permusuhan kerana seorang muslim yang baik adalah mereka yang sentiasa memikirkan kebaikan orang lain sebagaimana ia memikirkan kebaikan untuk dirinya sendiri.
ii) Tidak sempurna iman seseorang yang didapati tidak mengakui persahabatan, pertalian kerabat dan seumpamanya kecuali apabila ia mendapati terdapat sesuatu faedah atau keuntungan di sebalik perhubungan itu untuk dirinya.
iii) Orang seperti ini adalah mereka yang bersifat sombong dan angkuh, tamak haloba dan suka berdendam. Ia hanya mementingkan diri sendiri serta sanggup melakukan apa sahaja asalkan sesuatu kebaikan itu hanya menjadi miliknya seorang bahkan dendam yang bersarang dalam jiwanya membuatkan ia hilang perasaan kasihan belas, simpati dan timbang rasa terhadap kesusahan orang lain.
iv) Sesungguhnya orang seperti ini akan mendapat laknat daripada Allah S.W.T. Perbuatannya yang menganiayai orang lain lambat laun akan mengundang kebencian masyarakat menjadikan kehidupannya kelak tersisih dan disisihkan.

Kelebihan Menuntut Ilmu


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."

Abu ad-Darda' r.a



Huraian
Pengajaran hadith:
i) Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya.
Ii) Menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.
iii) Kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama’ dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu.

FIFA: No Hijab at Youth Olympic Games

Soccer's international governing body, FIFA, has rejected an appeal from the country of Iran to allow its female athletes to wear the hijab, or Islamic head scarf, during games. The girls' national football (soccer) team had qualified to participate in the Youth Olympic Games, to be held in Singapore in August. According to Mr. Jerome Valcke, FIFA General Secretary, the rules are clear. FIFA's law says:

A player's basic compulsory equipment "must not have any political, religious or personal statements.... The team of a player whose basic compulsory equipment has political, religious or personal slogans or statements will be sanctioned by the competition organiser or by FIFA."

Thailand is now scheduled to replace Iran in the tournament.

Apabila hidup dikaitkan dengan Islam~...

Mempercayai Ramalan Bintang


Hadith :
Dari Zaid bin Khalid, katanya: “ Kami bersembahyang subuh dengan Rasulullah s.a.w di Hudaibaiah, sedangkan pada malamnya hujan turun. Setelah selesai, beliau menghadapkan mukanya kepada orang banyak seraya berkata: Tahukah anda apa yang telah dikatakan Allah?” Jawab mereka itu: “Allah dan Rasul-Nya yang mengetahui.” Kata Rasulullah s.a.w.: “Allah telah berkata: “Pada pagi ini ada di antara hamba-hamba-Ku yang percaya kepada-Ku dan ada pula yang ingkar; adapun yang menyatakan: “ Kita telah didatangkan hujan dari kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka orang itulah yang beriman kepada-Ku dan ingkar kepada bintang-bintang; adapun yang berkata, kita telah dituruni hujan sebab bintang Anu dan bintang Anu, maka orang itulah yang ingkar kepada-Ku dan percaya kepada bintang-bintang.”

(Muslim)



Huraian
Bintang adalah salah satu daripada ciptaan Allah SWT yang berfungsi sebagai penunjuk arah bagi pelaut dan nelayan selain sebagai penghias cakerawala. Justeru adalah satu pemikiran yang sesat apabila ada orang yang beranggapan bahawa bintang-bintang tersebut mempunyai kuasa yang mampu mempengaruhi nasib dan perjalanan hidup manusia sebagaimana yang menjadi bahan kepercayaan muda mudi sekarang terhadap bintang Capricon, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagittarius. Sebagai umat Islam kita dilarang mempelajari hal yang bersifat tekaan untuk meramal nasib manusia bahkan ia merupakan suatu perbuatan syirik dan berunsur jahiliyah serta termasuk dalam kategori sihir dan mendustakan takdir sedangkan mereka yang mendustakan takdir jelas termasuk di dalam golongan musyrik.

Tanda-tanda Hampir Kiamat


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Belum akan terjadinya kiamat sebelum banyak ‘haraj’. Bertanya para sahabat,:”Apakah itu haraj ya Rasulullah?” Jawab baginda,:”Pembunuhan! Pembunuhan!”

(Muslim)



Huraian
Kejadian - kejadian seperti pembunuhan sudah sering sekali kita lihat di berbagai media. Kadangkala kita berfikir bahawa kejadian seperti ini adalah kerana zaman sudah berubah.. Manusia sekarang suka bunuh-membunuh, berlaku perzinaan tanpa mempedulikan halal haram dan sebagainya. Seperti yang diramalkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa masa sudah mendekati hari kiamat dan tanda-tandanya adalah seperti yang disebutkan di atas. Ini adalah kebenaran. Bagaimanakah nanti sekiranya umat Islam juga terjebak dalam perkara yang sama (suka melakukan pembunuhan tanpa hak) sedangkan Islam menyarankan agar umatnya hidup dalam keamanan dan menyarankan kedamaian antara sesama manusia. Oleh itu sebaik-baik amal pada ketika dan saat ini adalah menyeru agar masing-masing sentiasa melakukan kebaikan dan mencegah daripada berlakunya kemungkaran kerana masa yang kian bergerak pantas akan menjadikan kita lemas di celah-celah kekalutan manusia yang haru biru tanpa arah tujuan sedangkan manusia yang benar-benar beriman sudah tentu tidak akan dapat bertahan tanpa melakukan sesuatu bagi merubah keadaan.

Jauhi Arak Untuk Keselamatan Negara


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya ”


Riwayat Anas



Huraian
i) Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.
ii) Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia di mana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.
iii) Manakala dari aspek mental pula al-Quran sendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalanraya.
iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat antara 40 hingga 80 kali.
v) Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat

Cara Bersujud


Hadith :
Dari Anas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sempurnakanlah sujudmu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur).”

(Muslim)



Huraian
Sebahagian daripada disiplin solat adalah melaksanakan setiap rukun solat dengan tertib dan sempurna bukan sesuka hati mengikut kehendak nafsu. Orang yang melakukan solat secara khusyuk boleh diibaratkan seperti sedang bermeditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana solat yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah. Kalimah-kalimah dalam solat adalah pilihan Allah, bukannya pilihan manusia dan ketenangan yang diperoleh adalah ketenangan kurniaan Allah. Lebih daripada itu mereka yang bersolat dengan ikhlas akan mendapat rahmat daripada Allah. Salah satu kedudukan terpenting dalam solat ialah sujud. Di kedudukan ini seseorang akan meletakkan kepalanya di bumi dan di kedudukan itu darah dari jantungnya akan turun ke otak dengan mudah sekali. Berbeza dengan sirshasana (headstand) yang dikenali juga sebagai Raja Yoga atau King of Yoga. Dalam kedudukan ini seorang pengamal yoga akan meletakkan kepalanya ke bumi dan di peringkat kemuncaknya akan meluruskan badan agar kakinya berada di atas. Ia sangat baik untuk kesihatan. Namun begitu kedudukan sebegini tidak dapat dilakukan oleh semua orang. Berbeza dengan sujud kebaikannya sama, tetapi sujud dapat dilakukan oleh hampir semua orang. Ringkasnya, solat adalah lebih baik daripada yoga mahupun meditasi kerana ia adalah ibadah yang berdasarkan wahyu. Ia adalah aktiviti penyembahan kepada Yang Maha Pencipta yang memerlukan disiplin yang kuat. Seseorang yang hendak bersolat wajib membersihkan jiwanya dari kesyirikan terlebih dahulu sebelum memasuki solat untuk mengesakan Allah S.W.T.

Keikhlasan Dalam Menuntut Ilmu


Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.”

Riwayat Abu Daud



Huraian
1. Orang yang berilmu dijanjikan Allah kedudukan yang tinggi di dunia mahupun di akhirat kelak.
2. Islam menuntut keihlasan niat dalam segala perkara termasuklah dalam menuntut ilmu sama ada yang berbentuk keduniaan atau ilmu agama. Dengan perkataan lain, setiap ilmu yang dituntut janganlah terkeluar daripada landasan syariat. Ia mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta mengutamakan kebajikan manusia sejagat bukannya untuk kepentingan dunia semata seperti mengumpul harta, merebut kenaikan pangkat atau mengejar ‘glamour’ dan sebagainya.
3. Ilmu yang berkat adalah ilmu yang membuatkan seseorang itu semakin dekat dengan Allah SWT bukan menjadikan ia semakin jauh dan lalai sehingga melanggar hukum tuhan dan sanggup melakukan kemungkaran seperti keganasan, menipu, mencuri, merampas hak orang dan sebagainya.

RUGINYA TANGGUH KERJA, BANYAK ANGAN-ANGAN

Islam memberi perhatian terhadap amalan seseorang dan cara membahagikan masa seperti yang dipesan menerusi hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia diberi umur panjang dan baik pula amalannya. Dan seburuk-buruk manusia yang diberi umur yang panjang tetapi buruk pula amalannya.”


Dalam al-Quran banyak ayat menceritakan mengenai waktu. Bahkan, berkali-kali Allah SWT bersumpah atas nama waktu, misalnya pada awal surah Al-Ashr, Al-Lail dan Adh-Dhuha. Ini menunjukkan betapa penting waktu dalam kehidupan manusia.
Maka tidak hairan apabila Islam mengingatkan umatnya mengenai waktu solat wajib lima kali sehari semalam. Ini belum lagi digalakkan supaya menghidupkan waktu sepertiga malam terakhir dan waktu dhuha.
Mengingati pentingnya waktu, kita harus bertanya sejauh mana komitmen kita terhadap waktu. Apabila kita termasuk orang yang meremehkan waktu, tidak kecewa waktu terus beredar tanpa berusaha meningkatkan kualiti diri, maka bersiap-siaplah untuk kecundang dalam kehidupan.
Harus diingat kita bergerak bersama waktu. Setiap kali menarik nafas dan hari berganti minggu, kita akan semakin hampir dengan kematian. Alangkah ruginya jika terlalu banyak keinginan, angan-angan dan harapan tetapi tidak diimbangi peningkatan kualiti diri.
Mereka yang bersungguh-sungguh mengisi waktunya dengan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberikan yang terbaik kepadanya.
Keberkesanan penggunaan waktu dipengaruhi keterampilan kita dalam membahagikan masa. Ada hak untuk belajar, bekerja, berkeluarga, beribadat dan muhasabah diri. Semuanya harus dibahagi secara adil. Sibuk dan hebatnya belajar tanpa disertai istirahat dan ibadat misalnya, akan hanya mendatangkan masalah.
Hakikatnya ada satu kebiasaan yang merugikan dan menghambat keberkesanan waktu yang kita miliki, iaitu suka menunda atau menangguhkan kerja. Ada yang mengatakan menunda pekerjaan itu baik, padahal tabiat menunda kerja itu boleh mengundang pelbagai masalah.
Dalam setiap waktu ada kewajipan yang harus kita tunaikan. Jika kita menunda waktu maka pekerjaan lain pasti akan menyusul sehingga bebanan semakin banyak. Akhirnya, banyak tenaga, waktu dan biaya terbuang dan menjadi sia-sia selain memungkinkan muncul rasa enggan mengerjakannya.
Fikiran juga menjadi tidak tenteram kerana kerja terpaksa dibuat terburu-buru hingga hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Kuncinya, kita harus memfokuskan dulu potensi dan masalahnya, lalu bergerak dengan acuan itu. Kemudian kita disiplinkan diri menjalankannya kerana ramai yang hanya pandai merancang tetapi kurang bijak melaksanakannya.

Haji Yaakob Ha
Seri Kembangan, Selangor.
Sumber: Milenia Muslim
Keluaran September 2009 (thn.7) Bil.85

IMAM BUKAN SEKADAR MENGIMAMKAN SOLAT


Kerajaan seharusnya memberi keutamaan untuk program yang dianjurkan masjid dan surau berbanding projek kebudayaan, sukan atau lainnya.
Peranan imam bukan sahaja dalam lingkungan masjid tetapi ianya suatu tugas agama dan sosial yang dapat meninggikan taraf masyarakat dari segi pengetahuan, ekonomi, keselamatan, kesihatan dan sebagainya. Imam dapat memainkan peranan yang sangat penting kerana mereka berada di institusi masjid yang masih mendapat penghormatan dan kepercayaan masyarakat. Kelesuan peranan masjid akan memberi kesan kepada masyarakat.
Selain memimpin kita solat dan mengajarkan kita ilmu agama, imam juga menyelesaikan permasalahan agama serta hidup bersama kita di kawasan kariah. Mereka banyak berjasa kepada mereka yang masih hidup dan yang meninggal dunia. Secara keseluruhan imam adalah pemimpin penghubung jemaah dengan al-Khaliq dalam beribadah secara berjemaah bahkan secara individu mengikut perintah syariah.
Menerusi solat berjemaah, setiap umat Islam mengetepikan segala bentuk perbezaan yang ada baik pangkat atau kedudukan dan tunduk kepada seorang pemimpin iaitu imam. Konsep ini juga diguna pakai dalam segenap aspek kehidupan masyarakat sudah tentu dapat mewujudkan masyarakat bersatu padu.
Menerusi solat berjemaah juga mengajar umat Islam mengenai adab terhadap kepemimpinan seperti adab menegur kesilapan, adab menerima teguran dan adab menukar kepemimpinan.
Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi menulis dalam bukunya yang bertajuk ‘Di Mana Punca Kelemahan Umat Islam Masa Kini’ berpendapat ada beberapa faktor sampingan lain yang turut menjurus kepada permasalahan ini selain persoalan iman yang semakin terhakis.
Dr Yusuf berpendapat, umat Islam dekad ini terlalu asyik dan lalai dengan habuan dunia, ‘Kita’ digambarkan sebagai umat yang lupa diri dan saling berlumba-lumba untuk menikmati kebahagiaan dunia yang sebentar. Demi mencapai keseronokan yang sementara ini, secara tidak langsung, ‘kita’ turut sama melupakan Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman, bermaksud:
“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah SWT, lalu Allah SWT melupakan dia pada diri mereka sendiri.” (al-Hasyr:19)
Tidaklah diturunkan kitab-kitab, diutus para nabi dan rasul kecuali untuk mengajak manusia kepada tauhid. Tidaklah ada seorang nabi dan rasul yang diutus kecuali ia akan mengajak umatnya untuk bertauhid. Bahkan tauhid juga merupakan tujuan dari penciptaan jin dan manusia. Inilah peranan Rasulullah yang utama yang patut menjadi objektif peranan kita sebagai imam yang membawa susuk tubuh Rasulullah iaitu mengajak manusia untuk bertauhid kepada Allah SWT.

Pada zaman Rasulullah SAW, kemajuan umat dan gerakan Islam, semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi dan tidak terbatas di bidang dakwah bahkan perdagangan, perundangan, penyebaran ilmu dan pelbagai lagi.
Setibanya Baginda Rasulullah SAW di Madinah, Baginda telah mengambil beberapa langkah yang berkesan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk Islam Madinah. Masjid dijadikan sebagai pusat ibadat, pusat pemerintahan dan pentadbiran negara, nadi gerakan Islam dan penggerak kegiatan masyarakat, tempat menuntut hak dan keadilan, pusat kebajikan, gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah SWT dan manusia sesama manusia. Kesempurnaan Islam sebagai ad-Din telah berjaya direalisasi oleh Rasulullah SAW melalui peranan dan fungsi masjid.
Hari ini untuk menjalankan kerja dengan lebih efektif dan cepat kita memerlukan beberapa prasarana bagi menjayakan tujuan. Pejabat atau bilik pengurusan masjid perlu dipertingkatkan dengan kemudahan dan maklumat semasa. Kemudahan dapat mempercepatkan kerja dan maklumat semasa dapat memberi panduan merancang dan membuat kerja.
Antara keperluan dan kerja yang perlu dimiliki atau dilakukan oleh masjid ialah:
1. Database kahiriah. Imam atau pihak masjid mestilah mempunyai senarai keluarga yang didaftarkan di mukim tersebut dengan mengumpul maklumat-maklumat nama, umur, pekerjaan, tanggungan dan keadaan sosial mereka supaya aenang bertindak apabila keadaan memerlukan.
2. Tabung khairat. Kekuatan kewangan dengan mampu memberi bantuan kepada masyarakat setempat. Tok Guru pernah mencadangkan supaya masjid mampu menggantikan bank di dalam membantu kewangan masyarakat.
3. Lawatan dan saling tukar pengalaman. Bila mana imam-imam dari negeri lain ke Kelantan, kita boleh melihat kebaikan dan kelemahan yang boleh dijadikan pedoman kita bila pulang ke tempat masing-masing. Kalau boleh ziarah ke Singapura dan Thailand bilamana umat Islam adalah minoriti maka kerja buat masjid akan berlipat kali ganda yang boleh kita pelajari.
4. Peribadi dan sahsiah perlu dipertingkatkan sejajar dengan pengetahuan semasa. Di setengah negara di Asia Barat dan Eropah, jawatan imam disyaratkan hendaklah berkelulusan Sarjana Muda(B.A) dari mana-mana fakulti Islam seperti kelulusan dari Al-Azhar dan yang menghafal al-Quran.

Hal ini kalau dikaji ada hubungan dengan taraf anak mukim yang terdiri dari mereka yang berpendidikan tinggi terdiri dari doktor, peguam, jurutera dan para profesional lainnya yang memerlukan Imam masjid juga mempunyai kelulusan yang membolehkannya menyelesaikan masalah semasa.
Namun demikian harus pula diingat, peranan yang besar mestilah sesuai dengan pendapatan yang patut diterima. Pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa agama mestilah memberikan gaji dan elaun kepada imam yang sesuai dan setimpal mengikut keadaan ekonomi semasa. Imam pula mestilah diberi pembantu-pembantu terutam kerani, hal ehwal wanita, belia dan seumpamanya. Masjid pula dilengkapi perpustakaan dan buku-buku rujukan.
Persoalan masjid dan imam tidaklah harus menjadi bahan menungan sampingan kalau kita benar-benar serius. Ia mesti turut dilibatkan para pemikir, ulama, perancang, para guru, dan mereka yang berada, juga media. Masjid mesti diberi keutamaan jauh lebih besar dari projek kebudayaan, sukan dan lainnya. Ia bukan sekadar tempat sembahyang, tetapi pusat segala kegiatan berfaedah.
Sebenarnya, kejayaan sesebuah masjid itu sangat bergantung pada sejauh manakah peranan dan fungsi yang dijalankan oleh imam dan jawatankuasa masjid. Lebih-lebih lagi setakat manakah sesebuah masjid itu dapat menarik masyarakat Islam di sekelilingnya untuk beribadat dan menggunakan masjid tersebut untuk kebaikan dan kebajikan masyarakat.

Azhar Mohammad
Kota Baharu, Kelantan
Sumber: Milenia Muslim
Keluaran September 2009 (Thn.7) bil.9

TAK SENANG LIHAT ORANG LAIN SENANG


Dalam menjalani kehidupan seharian, ada tabiat orang Melayu yang sukar dikikis iaitu sifat cemburu dan iri hati. Ada isteri cemburu bila mendapat tahu suaminya lebih mengutamakan adik-beradik kandung, Ada kalanya si abang cemburu melihat adiknya lebih berjaya dalam pelajaran mahupun perniagaan.
Ada jiran cemburu melihat rumah kita diubahsuai menjadi lebih besar dan cantik. Malah jika kita tukar kereta baru dan memiliki perabot mewah juga dipandang tidak senang oleh jiran kita. Mereka tidak senang meliat orang lain senang pada hal sebagai umat Islam, kita ada bahagian tertentu dalam menikmati rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
Di pejabat juga berlaku sifat buruk itu. Ada yang geram dan iri hati melihat kawan sepejabat begitu disenangi bos. Malah lebih menimbulkan perasaan iri hati apabila ada pekerja yang lebih baru dan muda dinaikkan pangkat sedangkan pekerja yang sudah lama bekerja masih di takuk dan jawatan lama.
Walau apa pun tanggapan umum terhadap istilah cemburu, tabiat itu seharusnya ditangani dengan bijak agar tidak terlalu mempengaruhi proses kehidupan seharian.
Untuk mengurangkan rasa cemburu, kita perlu sentiasa bersikap rasional kerana cemburu terutama yang melampau sering kali dikaitkan dengan sikap individu itu sendiri yang tidak dapat berfikir secara bijak dan waras. Apa yang penting sekiranya menghadapi masalah cemburu ini, kita mesti berfikir dengan tenang supaya dapat menerima hakikat siapa diri kita yang sebenar. Adakah kita sudah cukup berilmu dan bersedia menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Jika ini berjaya dilakukan, perasaan cemburu dapat diredakan.
Sekiranya ibu bapa menyedari anak jirannya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan, mereka akan memastikan anaknya juga boleh berjaya malah lebih cemerlang lagi.
Cemburu sebegini boleh membawa unsur-unsur positif dalam hidup seseorang sehingga lebih berjaya jika mampu mengawal perasaan dengan menggunakan akal fikiran dan pertimbangan yang sewajarnya. Cemburu juga boleh mendorong seseorang itu berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh bagi memastikan hasrat dan cita-citanya tercapai.

Asmaliza Ar,
Johor Bahru, Johor
Sumber: Milenia Muslim
Keluaran September 2009 (thn.7) Bil.85

Kewajipan Suami Memberi Nafkah

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.”


Riwayat Ibn Majah



Huraian
Pengajaran hadis:
i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.
ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.
iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut: i) perbelanjaan keluarga ii) makan minum dan pakaian iii) tempat tinggal iv) keselamatan dan perlindungan.
iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.
v) Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.

Keikhlasan Dalam Menuntut Ilmu

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.”

Riwayat Abu Daud



Huraian
1. Orang yang berilmu dijanjikan Allah kedudukan yang tinggi di dunia mahupun di akhirat kelak.
2. Islam menuntut keihlasan niat dalam segala perkara termasuklah dalam menuntut ilmu sama ada yang berbentuk keduniaan atau ilmu agama. Dengan perkataan lain, setiap ilmu yang dituntut janganlah terkeluar daripada landasan syariat. Ia mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta mengutamakan kebajikan manusia sejagat bukannya untuk kepentingan dunia semata seperti mengumpul harta, merebut kenaikan pangkat atau mengejar ‘glamour’ dan sebagainya.
3. Ilmu yang berkat adalah ilmu yang membuatkan seseorang itu semakin dekat dengan Allah SWT bukan menjadikan ia semakin jauh dan lalai sehingga melanggar hukum tuhan dan sanggup melakukan kemungkaran seperti keganasan, menipu, mencuri, merampas hak orang dan sebagainya.

Cara Azan Yang Dilakukan Oleh Muazzin (bilal)

Hadith :
“Daripada Abu Juhaifah r.a. katanya, Aku telah melihat Bilal sedang Azan dan aku memerhatikan mulutnya, kepalanya kekanan dan kekiri dan dua jarinya didalam telinganya”. Diriwayatkan oleh Ahmad dan Tarmizi, beliau menganggap hadith ini panjang. Hadith yang diriwayatkan oleh ibnu majah pula menyebut, meletakkan dua jarinya kedalam dua telinganya” Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud menyebut “(Bilal) telah memalingkan tengkuknya ketika menyebut “Haiya alassolah” kekanan dan kekiri, tanpa berpusing badannya”. Asal hadith ini didalam soheh al-Bukhari dan soheh muslim.”Dan daripada Abu Mahzurah r.a. bahawa Nabi s.a.w. perkenan suaranya lalu diajarkan Azan kepadanya.

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim



Huraian
1. Setiap umat Islam dikehendaki mengambil berat didalam melakukan amal ibadatnya termasuklah ibadat sembahyang.
2. Sunat bagi tukang azan meletakkan dua jarinya kedalam dua telinganya supaya suaranya lebih nyaring.
3. Sunat juga ia memalingkan kepalanya kekanan dan kekiri ketika menyebut “Haiyya alassolah” dan “Haiyya alalfalah”
4. Makruh bagi tukang azan memalingkan badannya sekali ketika sedang berazan.
5. Harus bagi imam memberi upah kepada tukang azan dari wang Baitul Mal atau dari ahli mukim atau dari pihak yang berkuasa. Kerana khidmatnya memanggil orang untuk melakukan solat.

Hormatilah Ibu Sekalipun Berlainan Agama

Hadith :
Dari Asma’ binti Abu Bakar r.a katanya:”Ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik datang kepadaku. Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata:”Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?”Jawab Rasulullah SAW,”Ya boleh! Berjumpalah dengan ibumu.”

(Muslim)



Huraian
1. Di dalam Islam SUAMI dan IBU mempunyai kuasa yang besar. Kuasa suami ke atas isteri dan kuasa ibu ke atas anak-anak. Seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.
2. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu". Oleh itu anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada orang tua mereka sekalipun mereka kafir dan ingkar terhadap Allah. Hal ini disebabkan ibu bapa adalah berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak.
3. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar tetapi haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.

Dugaan Menghapuskan Dosa

Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

(Muslim)



Huraian
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Kepentingan Badan Yang Sihat

Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang Mu’min yang lemah’.


Riwayat Muslim



Huraian
1. Islam amat peka terhadap pembangunan aspek jasmani manusia agar proses transformasi yang dilakukan dapat melahirkan manusia yang seimbang, berilmu, berakhlak dan sihat seterusnya dapat melakukan tugas sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi dengan baik dan sempurna.
2. Apabila seseorang Muslim itu sihat bermakna ia mempunyai kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cergas untuk melaksanakan apa sahaja tugas yang diamanahkan kepadanya oleh Allah S.W.T serta tanggungjawab lain yang diamanahkan oleh manusia kepadanya sama ada dalam sesebuah organisasi, persatuan, kelab, rumahtangga, masyarakat atau pemerintahan.
3. Kekuatan jasmani bererti seseorang itu memiliki daya ketahanan badan melawan penyakit. Oleh itu dikatakan bahawa mencegah penyakit itu adalah jauh lebih baik dan lebih mudah daripada merawat. Namun kita harus ingat bahawa sakit dan sihat adalah anugerah Allah S.W.T dan kita harus bersyukur apabila dianugerahkan dengan kesihatan tubuh badan dan tidak mengeluh sekiranya diuji dengan sesuatu jenis penyakit kerana ia merupakan ujian daripada Allah S.W.T sebagai kaffarah bagi dosa yang dilakukan.
4. Pepatah Arab menyebutkan:”Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat”. Ini adalah kerana badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan sekaligus meningkatkan kualiti kerja yang akan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim.

Koleksi Nasyid Artis Luar Negara Terlaris! (^_^) Rugi kalau melabur untuk Versi Cetak Rompak~...

Menghidupkan malam

Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Diceritakan kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam sampai Subuh. Maka bersabda baginda Rasulullah SAW: “Orang itu telah dikencingi oleh syaitan di kedua-dua telinganya.”

(al-Bukhari)



Huraian
1. Mengambil berat tentang solat akan menjadikan seseorang muslim bebas
serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat
menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.
2. Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajjud) adalah amalan yang sangat dituntut oleh Islam bahkan ia boleh menjadikan iman seseorang itu kuat bahkan menjadi benteng yang menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.
3. Islam menyarankan kita agar berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap. Abu Hurairah meriwayatkan: "Sesiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.

Hakikat kebijaksanaan

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”

Riwayat at-Tirmidzi



Huraian
1. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di tangannya.
2. Manakala pemuda yang kuat beribadah adalah menunjukkan betapa di usia sebegini (muda) seseorang itu terpaka mengharungi berbagai cabaran dan godaan. Oleh itu bagi orang yang berjaya mendidik nafsunya dengan baik dia akan beruntung kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan maka seluruh usia mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa.
3. Orang yang berjinak dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan syurga oleh Allah kerana ia telah menjadi tetamu Allah dan mengimarahkan masjid (rumah) Allah dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka sentiasa dekat dengan Allah.
4. Sedangkan orang yang berkasih sayang kerana Allah merupakan mereka yang mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh Islam iaitu ikhlas dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan ingat-mengingatkan tentang kebaikan antara satu dengan yang lain.
5. Menolak daripada melakukan maksiat apalagi zina merupakan tanda kekuatan iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan syaitan yang menggoda. Oleh itu mereka yang berjaya melakukannya adalah orang yang teguh imannya, tidak mudah goyah untuk melakukan sebarang kejahatan.
6. Orang yang mencintai Allah S.W.T dengan hati yang ikhlas semestinya akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya.

Jauhi Daripada Perbuatan Yang Mendatangkan Bala

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya. ”


Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi



Huraian
1. Sesungguhnya bala Allah S.W.T akan menimpa hamba-hambanya yang bersekongkol dalam melakukan maksiat dan kemungkaran.
2. Selaku umat Islam kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada melibatkan diri dengan perbuatan-perbuatan yang salah sama ada di sisi agama mahupun undang-undang kerana semuanya ini akan memberikan imej yang tidak baik terhadap Islam di samping menunjukkan contoh yang buruk kepada yang bukan Islam.
3. Adalah menjadi kewajipan untuk kita menegur sebarang perkara yang buruk sebelum ianya berlarutan menjadi satu budaya dalam masyarakat seperti maksiat, penindasan dan sebagainya kerana dibimbangi jika dibiarkan suatu masa kelak bala Allah akan menimpa yang akan mengenai seluruh makhluk di sekitarnya.

Jenazah Yang Tidak Disolatkan Oleh Rasulullah S.a.w

Hadith :
Dari jabir bin Samurah r.a katanya,”Dibawa orang kepada nabi s.a.w jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah. Tetapi jenazah itu tidak disolatkan oleh baginda.”

(Muslim)



Huraian
Membunuh diri adalah salah satu daripada gejala tipisnya iman seseorang. Dalam ajaran Islam, bunuh diri termasuk perbuatan haram dan dianggap mendahului ketentuan Tuhan. Azab perbuatan ini amatlah berat. Oleh itu meskipun hidup menanggung beban, janganlah sekali-kali kita melakukan jalan pintas untuk keluar daripadanya iaitu dengan membunuh diri kerana segala sesuatu masalah yang menimpa itu adalah suatu bentuk ujian dan ketentuan daripada Allah. Selaku manusia kita hendaklah menanam keimanan yang teguh dalam jiwa terhadap kekuasaan Allah S.W.T , banyakkan berdoa dan memohon pertolongan Allah. Insya Allah masalah yang dihadapi itu dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

Banyak Cara Untuk Bersedekah

Hadith :
Dari Abu Dzar r.a katanya:”Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau,:”Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka.” Jawab Rasulullah SAW:”Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah.” Mereka bertanya:”Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?” Jawab Rasulullah SAW “ Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.”


(al-Bukhari)



Huraian
1. Sedekah adalah sesuatu yang dapat menambahkan pahala seseorang selain daripada amal ibadat atau kebajikan yang diwajibkan untuk dilakukan.
2. Sedekah yang paling mudah adalah dengan menggunakan anggota badan seperti senyum yang tidak memerlukan sebarang tenaga mahupun wang ringgit. Begitu juga dengan berzikir kepada Allah yang hanya perlu diucapkan dengan lidah atau hati. Malah setiap sesuatu yang dilakukan dengan niat kerana Allah adalah dianggap sebagai sedekah.
3. Orang yang memiliki banyak kelebihan sama ada berupa harta benda, kekayaan, ilmu dan sebagainya selayaknya menginfakkan nikmat Allah tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan. Dengan itu hubungan antara anggota masyarakat menjadi lebih kukuh tanpa timbul perasaan dengki dan iri hati antara satu sama lain.
4. Bersedekah adalah tanda bahawa seseorang itu mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah. Sebaliknya orang yang bersifat kedekut adalah orang yang tamak. Sedangkan Allah SWT sahaja yang memiliki segala sesuatu dan Dia berhak merampas kembali nikmat tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu Islam mengatakan bahawa keberkatan rezeki itu adalah bergantung kepada cara bagaimana seseorang menyalurkan rezeki yang diperolehinya sama ada kepada kebaikan atau keburukan.

Hukum Menziarah Kubur

Hadith :
Daripada Aisyah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w melarang kami (kaum wanita) menziarahi kubur tetapi kemudian beliau membolehkan dan mengizinkan kami.”

Riwayat Al- Hakim



Huraian
1. Ziarah kubur merupakan sunnah Rasulullah s.a.w namun kita dilarang sama sekali melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan syirik yang sesat seperti menziarah kubur untuk memuja dan memohon kepada arwah orang alim, meminta nombor ekor dan yang seumpama dengannya.
2. Islam menganjurkan kita untuk menziarah kubur dengan tujuan agar manusia yang masih hidup boleh mengambil pengajaran dan insaf tentang hari akhirat
3. Ziarah kubur diizinkan bagi orang lelaki dengan kesepakatan para ulama. Tetapi bagi kaum wanita, ada yang mengatakan makruh, manakala sebahagian besar ulama lain mengatakan harus. Hal ini kerana sifat wanita fitrahnya adalah sensitif dan lemah semangat serta mudah pula terdedah kepada fitnah. Oleh itu apabila hendak menziarah kubur kaum wanita hendaklah memelihara kehormatannya seperti menutup aurat dan mengawal emosi dengan baik seperti tidak menangis atau meratap di sisi kubur, memaki dan mengeluarkan kata yang buruk kepada si mati dan sebagainya sehingga lupa akan kekuasaan Allah S.W.T.

Dukacita Rasulullah

Hadith :
Dari Anas r.a katanya,:”Rasulullah s.a.w pernah qunut selama sebulan iaitu ketika ahlul qurra (ahli-ahli membaca al-Quran) ramai yang tewas dalam peperangan. Belum pernah saya melihat Rasulullah s.a.w berdukacita seperti itu.”

(al-Bukhari)



Huraian
Rasulullah s.a.w adalah rasul akhir zaman. Ketika hidup baginda seluruh umat merasai akan kedamaian dan kemanisan Islam menerusi ajaran yang dibawa. Begitu pun baginda juga merasa bahagia dengan adanya pengikut yang terdiri dari golongan sahabat dan umat Islam yang ikhlas beriman dan taat setia terhadap baginda serta sanggup berkorban harta dan nyawa demi membela agama tercinta. Maka apabila berlakunya kematian oleh mereka-mereka yang mengharumkan nama Islam dan menjaga ketinggian maruah Islam ini, baginda merasa suatu kehilangan yang teramat sehingga kedukaan baginda itu dikesani oleh para sahabat yang lain. Baginda tidak putus-putus berdoa akan kesejahteraan golongan ini dan baginda sentiasa memohon keselamatan untuk umat baginda seluruhnya.

KISAH SALAHUDDIN AL-AYYUBI

AQIDAH ISLAM ASAS KEMENANGAN


Salahuddin Al-Ayyubi Sebagai Teladan

Kemenangan dari sudut kacamata Islam bukanlah dengan terdapatnya suara
majoriti yang
menjadi penyokong di kalangan rakyat. Tidak juga dengan memiliki
teknologi pembangunan yang pesat atau ekonomi yang kukuh mahupun
kekuasaan yang padu di dalam jentera pentadbiran negara. Namun pada
hakikatnya kejayaan atau kemenangan di dalam Islam ialah kemenangan
aqidah Islamiyyah ke atas sistem jahiliyyah. Ia merupakan proses
penukaran sistem jahiliyyah kepada sistem Islam keseluruhannya dalam
melaksanakan syariat Allah sehinggalah wujud daulah Islamiyyah.

Umat Islam mencapai kegemilangannya di bawah pimpinan Rasulullah
s.a.w. sehinggalah di zaman khulafa? ur Rashidin dan empayar-empayar
Islam selepasnya. Umat Islam dahulu menang kerana mereka adalah
merupakan terjemahan amali kepada agama suci ini yang bergerak di atas
muka bumi. Apabila umat Islam mula engenepikan agamanya dan
meninggalkan ajarannya, mereka telah diserbu oleh berbagai umat lain,
mereka telah bertukar menjadi seperti buih di dalam arus. Umat Islam
telah ditinggikan oleh Allah dengan Islam dan tidak akan mencapai
ketinggian selain dari Islam.

Tumbangnya Empayar Othmaniyyah pada tahun 1924 membuka ruang kepada Israel
menakluki bandar suci Al-Quds pada bulan Jun 1967 di mana dalam masa
tidak sampai enam hari umat Islam ditewaskan. Kekalahan yang amat
memalukan bagi semua umat Islam.Sehingga sekarang umat Islam masih
lagi gagal membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Zionis.

Sejarah Islam membuktikan bahawa hanya pemimpin yang kuat berpegang teguh pada
agama Islam dan merupakan teladan-teladan peribadi dan beramal soleh yang mampu
mencipta kejayaan dan mampu menyekat kemaraan musuh yang terdiri dari Yahudi dan
Nasrani, musuh utama umat Islam. Salahuddin al-Ayyubi umpamanya
seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia
dan seorang yang beramal soleh telah berjaya membebaskan al-Quds pada
hari Jumaat 27 rejab 583 hijrah.

Peperangan ?Hutain? yang dipimpin oleh Salahuddin al-Ayubbi telah
membuka ruang kepada pembebasan bandar al-Quds. Jumlah tentera Islam
ialah 12 000 orang sementara tentera salib 50 000 orang. Jumlah
tentera Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis pula tidak sampai 12 000
orang sementara pihak tentera salib 60 000 orang. Kumpulan kecil telah
menang ke atas kumpulan besar dengan izin Allah.

Sebab-sebab kemenangan di situ adalah banyak. Yang utama ialah
kepimpinan Salahuddin al-Ayyubi sendiri kerana beliau mempersembahkan
keseluruhan hidupnya untuk jihad di jalan Allah. Aqidah Islam telah
memenuhi keseluruhan jiwanya, perasaannya bernyala-nyala dengan aqidah
Islam dan tidak beriman dengan yang lain selain dari Allah. Beliau
seorang yang amat toleransi, amat merendah diri, sederhana pakaian dan
makanan, membelanjakan setiap sen yang sampai ke tangannya untuk jihad
dan lain-lain kepentingan umat Islam, tidak memberi perhatian pada
mata benda dunia sama ada harta, istana atau lain-lainnya sehinggah
apabila beliau wafat tidak eninggalkan sebarang harta. Tidak ada emas
atau perak di dalam simpanannya kecuali satu Dinar empat puluh tujuh
Dirham sahaja.

Semasa berjihad Salahuddin al-Ayyubi selalu membawa sebuah peti
tertutup yang amat
dijaganya. Orang terdekat menyangka terdapat berbagai batu permata dan
benda berharga
tersembunyi di dalamnya. Tetapi selepas wafatnya apabila peti dibuka
maka yang ditemui
hanyalah sehelai surat wasiat dan kain kafan yang dibeli dari titik
peluhnya sendiri dan sedikit
tanah.

Apabila surat itu dibuka tertulis " Kafankanlah aku dengan kain kafan
yang pernah dibasahi air zam-zam ini, yang pernah mengunjungi kaabah
yang mulia dan makam Rasulullah s.a.w. Tanah ini ialah sisa-sisa masa
perang, buatkanlah darinya ketulan untuk alas kepalaku di dalam kubur"

Dari tanah tersebut dapat dibuat 12 ketulan tanah yang hari ini
terletak di bawah kepala
Salahuddin al-Ayyubi. Setiap kali Salahuddin al-Ayyubi kembali dari
berperang yang dimasuki bertujuan berjihad kepada Allah, beliau akan
berusaha mengumpulkan tanah-tanah yang melekat pada muka dan
pakaiannya dan meletakkannya di dalam peti rahsia itu. Beliau telah
berjaya mengumpulkan tanah yang boleh dibuat 12 ketulan, kiralah
berapa banyak pertempuran yang dihadapinya kerana berjihad bagi
menegakkan kalimah Allah!!

Salahuddin al-Ayyubi meninggal dunia pada 7 Safar 589 hijrah,
kira-kira dua tahun selepas berlakunya peperangan Hutain yang berjaya
membebaskan Baitil Maqdis. Umurnya ketika itu 56 tahun

--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
Seluruh Alam"

How the Bible Led Me to Islam: The Story of a Former Christian Youth Minister - Joshua Evans

Bulan Safar Bawa Sial?

Hadith :
Daripada Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tiada jangkitan, tiada sial, tiada jangkitan safar dan tiada jangkitan hammah (binatang berbisa yang membunuh) Seorang Arab Badwi berkata: “Apakah gerangan unta yang berada dalam pasir seakan-akan kijang betina lalu dicampuri oleh unta lain yang berkurap lalu menyebabkan ia berkurap? Rasulullah SAW bersabda : “ Siapakah yang menjangkitkan unta yang pertama?”

al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad



Huraian
Bulan Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam. Di dalam bulan ini masih ada sesetengah individu dalam masyarakat Islam yang melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang nyata bertentangan dengan syariat. Contohnya ialah upacara Mandi Safar yang pernah popular suatu ketika dahulu. Apabila tiba bulan Safar, mereka yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dan kepercayaan perbuatan tersebut boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Selain daripada itu kepercayaan orang-orang tua juga tidak menggalakkan majlis perkahwinan diadakan dalam bulan Safar ini kerana mereka percaya bahawa kedua-dua pengantin tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam dan sesiapa yang masih berpegang padanya akan rosak akidahnya. Sebenarnya nahas atau bala bencana tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut ini dilarang keras oleh Islam sebagaimana firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 51 yang maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) :“Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah kepada kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.”